Monday, July 7, 2014

WARTAWAN BERNAMA BAKAL DIPENJARA KERANA CIPLAK ARTIKEL ?

WARTAWAN BERNAMA BAKAL DIPENJARA KERANA CIPLAK ARTIKEL ? adalah entri ulangsiar dari sesawang Indah. Belohog Kata Kunci Ayat Sebaris berkongsi informasi terkini, maklumat semasa dan coretan umum untuk blog reader di Malaysia. Semoga WARTAWAN BERNAMA BAKAL DIPENJARA KERANA CIPLAK ARTIKEL ? sama ada tersurat atau tersirat dapat memberi nilai-nilai yang menjadikan kehidupan lebih baik dari sebelummnya. Sekiranya perlu, boleh kongsikan/sebarkan entri WARTAWAN BERNAMA BAKAL DIPENJARA KERANA CIPLAK ARTIKEL ? ini di laman sosial. Wallahu'alam bissawab.


WARTAWAN BERNAMA BAKAL DIPENJARA KERANA CIPLAK ARTIKEL ?


7/7/14



Wartawan Bernama Didakwa Ciplak Berita Jakarta Globe







Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) didakwa telah menciplak artikel berita, secara sepenuhnya dua laporan dari laman portal Indonesia Jakarta Globe (JG).



Menurut laporan portal itu, pada Sabtu lepas iaitu 5 Julai JG menulis laporan bertajuk “In Closing Debate, Joko Promises Bureaucratic ‘Breakthrough’, While Prabowo Strives For ‘A Dignified Nation’.



Bagaimanapun, sehari selepas itu mereka mendapati Bernama kemudiannya menerbitkan artikel sama dengan tajuk berbeza “Joko Promises Bureaucratic ‘Breakthrough’ While Prabowo Strives For “A Dignified Nation”.



Laporan itu menyebut Bernama telah memadamkan nama wartawan JG yang menulis laporan itu Josua Gantan dan Andrea Wijaya dan memberikan byline kepada wartawan Bernama Elmi Rizal Elias.



Pada hari sama pula, laman portal stesen berita Singapura Channel News Asia, menerbitkan semula artikel yang diciplak di laman web mereka dengan memberi kredit kepada Bernama.



Artikel itu diberikan tajuk lain “Indonesia Election : Jokowi, Prabowo Face Off In Final TV Debate”.





Laman JG yang kemudiannya menjalankan pemeriksaan lanjut mendapati, penemuan pada Isnin bukanlah kali pertama Bernama menciplak artikel dari JG.



Pada 1 Julai, dalam sesi Debat Pemilihan Presiden keempat, JG memuatnaik laporan di laman web bertajuk “Hatta Says Indonesia Should Take Advantage Of Its ‘Demographic Bonus’”.



Selepas itu, JG memaklumkan berita sama ditemui di laman web Bernama dengan tajuknya yang sudah diubah “Indonesia Should Take Advantage Of Its ‘Demographic Bonus’ – Hatta”.



Seperti kes pertama, Bernama turut menukarkan nama wartawan JG, Basten Gokkon dengan wartawannya iaitu Elmi Rizal.



Laporan JG menyebut, pihaknya sudah cuba menghubungi Bernama untuk mendapatkan penjelasan sejak semalam bagaimanapun agensi berita rasmi Malaysia itu tidak boleh memberi maklumbalas segera ke atas isu itu.



Seorang Ahli Majlis Media Indonesia Wina Armada yang turut memiliki kepakaran undang-undang dari University Of Indonesia berkata insiden berkenaan merupakan satu pelanggaran undang-undang hakcipta Indonesia yang serius.



“Untuk kes seperti ini, jika pihak yang menjadi mangsa tidak melaporkan kepada polis pun, pihak polis masih boleh mengambil tindakan ke atas pelaku perkara ini.



“Jika benar, wartawan Bernama menciplak artikel dari JG, menurut undang-undang Indonesia, wartawan Bernama itu boleh didakwa dan mungkin dipenjarakan,” kata Wina.



Menurutnya lagi, insiden berkenaan dilihat memalukan kerana Bernama merupakan agensi rasmi berita kerajaan Malaysia di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia. – MYNEWSHUB.MY


WARTAWAN BERNAMA BAKAL DIPENJARA KERANA CIPLAK ARTIKEL ? adalah Entri ulangsiar dari sesawang indah. Credit dan Penghargaan kepada Indah iaitu penulis/pemilik asalnya. All due respect dan Trimas kerana menghargai laman Sesawang Belohog.

Share this

0 Comment to "WARTAWAN BERNAMA BAKAL DIPENJARA KERANA CIPLAK ARTIKEL ?"

Post a Comment