Monday, July 7, 2014

Pemuda PAS sahur dengan gelandangan, musafir

Pemuda PAS sahur dengan gelandangan, musafir adalah entri ulangsiar dari sesawang Indah. Belohog Kata Kunci Ayat Sebaris berkongsi informasi terkini, maklumat semasa dan coretan umum untuk blog reader di Malaysia. Semoga Pemuda PAS sahur dengan gelandangan, musafir sama ada tersurat atau tersirat dapat memberi nilai-nilai yang menjadikan kehidupan lebih baik dari sebelummnya. Sekiranya perlu, boleh kongsikan/sebarkan entri Pemuda PAS sahur dengan gelandangan, musafir ini di laman sosial. Wallahu'alam bissawab.


Pemuda PAS sahur dengan gelandangan, musafir



7 Jul 2014


Pemuda PAS Malaysia (PPM) meluangkan masa mengedarkan dan bersahur bersama gelandangan dan musafir di sekitar stesen bas Pudu Sentral demi menyelami realiti dan keperitan kehidupan kumpulan itu di ibu kota.



Ketua Pemudanya Suhaizan Kaiat bersama timbalannya Khalid Abdul Hadi dan beberapa exconya mengagihkan 100 bungkus nasi dan minuman kepada kumpulan tersebut di sekitar stesen bas itu kira-kira jam 4.30 pagi ini.



Suhaizan berkata inisiatif mereka itu mendapat sambutan meriah apabila kumpulan itu berpusu-pusu menerima juadah yang dihulurkan malah bersila bersama pimpinan Pemuda bagi menikmati juadah itu.



"Tidak sampai sejam, nasi bungkus habis diedarkan dan kami merasa puas berkhidmat dan berbakti kepada warga kota.



"Sedikit pengalaman ini cukup buat kami merasai denyut nadi masyarakat bahawa ada segelintir mereka yang benar-benar tersepit dalam arus kemodenan dan kos hidup yang terlalu tinggi sehingga hanya mampu menjadikan perhentian bas, bawah jambatan, bangunan, lorong gelap sebagai kediaman mereka.



"Sebahagiannya pula hidup di tengah malam dengan melakukan pelbagai pekerjaan tetap atau sampingan bagi menampung keperluan keluarga," kata Suhaizan dalam satu kenyataan.



Sehubungan itu, kata Suhaizan, ramai gelandangan yang miskin berada di tengah kota dan mereka bakal dihalau atau didenda jika cadangan kerajaan menjadi kenyataan.Malaysiakini


Pemuda PAS sahur dengan gelandangan, musafir adalah Entri ulangsiar dari sesawang indah. Credit dan Penghargaan kepada Indah iaitu penulis/pemilik asalnya. All due respect dan Trimas kerana menghargai laman Sesawang Belohog.

Share this

0 Comment to "Pemuda PAS sahur dengan gelandangan, musafir"

Post a Comment