Sunday, June 22, 2014

MPM gesa k'jaan jangan ada lagi IPP

MPM gesa k'jaan jangan ada lagi IPP adalah entri ulangsiar dari sesawang Indah. Belohog Kata Kunci Ayat Sebaris berkongsi informasi terkini, maklumat semasa dan coretan umum untuk blog reader di Malaysia. Semoga MPM gesa k'jaan jangan ada lagi IPP sama ada tersurat atau tersirat dapat memberi nilai-nilai yang menjadikan kehidupan lebih baik dari sebelummnya. Sekiranya perlu, boleh kongsikan/sebarkan entri MPM gesa k'jaan jangan ada lagi IPP ini di laman sosial. Wallahu'alam bissawab.


MPM gesa k'jaan jangan ada lagi IPP



22 Jun 2014



Majlis Perundingan Melayu (MPM) hari ini mendesak Putrajaya supaya tidak ada lagi pengeluar tenaga bebas (IPP).



Ini ekoran tindakan YTL Power International Bhd menarik diri daripada projek loji tenaga yang digelar 'Projek 4A' benilai RM3 bilion di Johor yang dianugerahkan secara langsung kepada sebuah konsortium yang melibatkan syarikat itu dan juga firma Sultan Johor dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).



Setiausaha Agung MPM, Hasan Mad berkata kerajaan sebaliknya harus kembali kepada keadaan sebelum ini di mana TNB bertanggungjawab sepenuhnya terhadap penjanaan kuasa.



"Oleh kerana YTL telah menarik diri, tidak ada lagi kontroversi dan kerajaan perlu mengambil peluang untuk memberikan projek itu kepada TNB sahaja," kata Hasan dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.



Katanya, ini perlu digunapakai kepada semua projek penjanaan tenaga pada masa hadapan.



MCC berkata ia merupakan kumpulan payung yang mewakili lebih 400 NGO Melayu.



YTL berdepan dengan tekanan hebat, terutama tentang bagaimana ia mendapat projek itu secara langsung daripada kerajaan tanpa tender terbuka.



Bagaimanapun, Hasan berkata IPP sedia ada yang menandatangani perjanjian dengan kerajaan haruslah dibenarkan beroperasi sehingga kontrak mereka tamat. Malaysiakini


MPM gesa k'jaan jangan ada lagi IPP adalah Entri ulangsiar dari sesawang indah. Credit dan Penghargaan kepada Indah iaitu penulis/pemilik asalnya. All due respect dan Trimas kerana menghargai laman Sesawang Belohog.

Share this

0 Comment to "MPM gesa k'jaan jangan ada lagi IPP"

Post a Comment