Wednesday, September 17, 2014

Menteri kata Krisis dalaman PAS salah Anwar

Menteri kata Krisis dalaman PAS salah Anwar adalah entri ulangsiar dari sesawang Indah. Belohog Kata Kunci Ayat Sebaris berkongsi informasi terkini, maklumat semasa dan coretan umum untuk blog reader di Malaysia. Semoga Menteri kata Krisis dalaman PAS salah Anwar sama ada tersurat atau tersirat dapat memberi nilai-nilai yang menjadikan kehidupan lebih baik dari sebelummnya. Sekiranya perlu, boleh kongsikan/sebarkan entri Menteri kata Krisis dalaman PAS salah Anwar ini di laman sosial. Wallahu'alam bissawab.


Menteri kata Krisis dalaman PAS salah Anwar



17 Sep 2014





Menteri Kabinet, Datuk Abdul Rahman Dahlan menyalahkan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disifatkannya sebagai pencetus kepada masalah yang timbul dalam parti PAS.



Menteri kesejahteraan bandar, perumahan dan kerajaan tempatan itu berkata, Anwar juga mencetuskan “huru-hara” yang sama ketika bekas timbalan perdana menteri itu masih berada dalam Umno.



"Mula-mula Umno, sekarang PAS. Huru-hara dalaman ke atas parti-parti politik akibat tipu helah politik Anwar sangat menakjubkan,” katanya.



"Semua orang tahu pemimpin PAS kini bercakaran setiap hari kerana tipu helah politik Anwar," kata ahli majlis tertinggi Umno itu lagi dalam tulisan berbahasa Inggeris di Twitter.



Kenyataannya itu timbul ketika muktamar sayap parti PAS sedang berlangsung di Johor, yang antara lainnya menumpukan soal kerjasama dalam Pakatan Rakyat susulan 'Langkah Kajang'.



Kritikan ke atas Anwar dalam muktamar itu antara lainnya dikesan dari wakil Pemuda PAS Kelantan, yang mendakwa ketua umum PKR itu sentiasa melaksanakan perancangannya secara semberono. Malaysiakini


Menteri kata Krisis dalaman PAS salah Anwar adalah Entri ulangsiar dari sesawang indah. Credit dan Penghargaan kepada Indah iaitu penulis/pemilik asalnya. All due respect dan Trimas kerana menghargai laman Sesawang Belohog.

Share this

0 Comment to "Menteri kata Krisis dalaman PAS salah Anwar"

Post a Comment