Saturday, September 27, 2014

Nasrudin bidas k'jaan PP hukum Iszuree

Nasrudin bidas k'jaan PP hukum Iszuree adalah entri ulangsiar dari sesawang Indah. Belohog Kata Kunci Ayat Sebaris berkongsi informasi terkini, maklumat semasa dan coretan umum untuk blog reader di Malaysia. Semoga Nasrudin bidas k'jaan PP hukum Iszuree sama ada tersurat atau tersirat dapat memberi nilai-nilai yang menjadikan kehidupan lebih baik dari sebelummnya. Sekiranya perlu, boleh kongsikan/sebarkan entri Nasrudin bidas k'jaan PP hukum Iszuree ini di laman sosial. Wallahu'alam bissawab.


Nasrudin bidas k'jaan PP hukum Iszuree



27 Sep 2014





CLOSE THIS ARTICLE


MP PAS Temerloh Nasrudin Hassan membidas tindakan kerajaan Pulau Pinang "mengeluarkan" ahli majlis PAS Iszuree Ibrahim daripada jawatankuasa tetap Majlis Perbandaran Pulau Pinang sekaligus membeku peruntukan terhadapnya.



Nasrudin percaya tindakan itu diambil ekoran "teguran dan kritikan" bendahari PAS Pulau Pinang itu dalam muktamar PAS terhadap polisi pembangunan khususnya melibatkan kepentingan umat Islam di negeri itu.



Katanya lagi, ucapan Iszuree bukan atas kapasiti peribadi sebaliknya mewakili PAS Pulau Pinang dan difahamkan teks ucapannya disemak oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri Datuk Dr Mujahid Yusof.



"Malangnya tindak balas dari Kerajaan Pulau Pinang sangat drastik. Saudara Iszuree "dipancung" gara-gara kritikan yang membina itu.



"Seperti tersimpan satu dendam yang hanya menanti detik untuk dilunaskan. Akhirnya Iszuree terpaksa membayar "harga yang tidak sedikit"," kata Nasrudin.



Dalam kenyataannya, beliau itu mendakwa tindakan itu dilihat seperti kerajaan PAP Singapura yang mendiamkan pengkritik mereka dengan tekanan dan tindakan undang-undang.



"Saya kira ia sebagai satu langkah untuk menakut dan menggerunkan pihak yang mahu menegur dan mengkritik," katanya yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat.



Beliau mendakwa tindakan terhadap Iszuree diambil tanpa surat tunjuk sebab atau dipanggil memberi penjelasan.



Kesal dengan tindakan itu, Nasrudin tetap mempertahankan Iszuree yang menurutnya membangkitkan masalah yang sekian lama berlaku di negeri Pulau Mutiara itu.



Bukan fitnah



"Saudara Iszuree bukanlah memfitnah apatah lagi mengkhianati kerajaan sebaliknya beliau menggunakan forum muktamar tahunan PAS bagi membangkit isu ini agar ia menjadi perhatian PAS Pusat.



"Di mana secara kebetulannya pesuruhjaya PAS Pulau Pinang ialah timbalan presiden PAS.



"Malangnya belum sempat PAS Pusat mengambil apa-apa langkah wajar, saudara Iszuree telah dimangsakan," kata Nasrudin.



Nasrudin turut mempersoalkan sama ada kerajaan DAP di negeri itu mahu menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuan umum mengenai masalah penempatan dan tanah yang dibangkitkan oleh Iszuree yang menurutnya mempunyai asas dan fakta.



Pemimpin muda PAS itu juga berkata beliau maklum dan pernah turun padang berhubung isu itu sewaktu menjadi ketua Pemuda PAS dan Lajnah Tanah PAS Pusat sangat maklum mengenai masalah itu.



Sehubungan itu, Nasrudin menggesa supaya PAS Pusat campurtangan mengenai hal ini dan mendesak PAS negeri membela Iszuree dalam hal tersebut.



"Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu pastinya boleh berperanan untuk menangani isu berbangkit dan berkait kepentingan ummat Islam khasnya tindakan kerajaan Pulau Pinang ke atas bendahari PAS negeri.



"Sewajarnya Pas Pulau Pinang mengambil tindakan yang bertanggungjawab bagi membela saudara Iszuree yang telah dizalimi oleh DAP," katanya.

Malaysiakini


Nasrudin bidas k'jaan PP hukum Iszuree adalah Entri ulangsiar dari sesawang indah. Credit dan Penghargaan kepada Indah iaitu penulis/pemilik asalnya. All due respect dan Trimas kerana menghargai laman Sesawang Belohog.

Share this

0 Comment to "Nasrudin bidas k'jaan PP hukum Iszuree"

Post a Comment