Saturday, September 27, 2014

Teng: Tukar komposisi exco pernah berlaku

Teng: Tukar komposisi exco pernah berlaku adalah entri ulangsiar dari sesawang Indah. Belohog Kata Kunci Ayat Sebaris berkongsi informasi terkini, maklumat semasa dan coretan umum untuk blog reader di Malaysia. Semoga Teng: Tukar komposisi exco pernah berlaku sama ada tersurat atau tersirat dapat memberi nilai-nilai yang menjadikan kehidupan lebih baik dari sebelummnya. Sekiranya perlu, boleh kongsikan/sebarkan entri Teng: Tukar komposisi exco pernah berlaku ini di laman sosial. Wallahu'alam bissawab.


Teng: Tukar komposisi exco pernah berlaku



26 Sep 2014





Exco Kerajaan Selangor Datuk Teng Chang Khim berkata pelantikan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat yang baru dalam barisan exco kerajaan negeri memberi "semangat baru" untuk mereka mentadbir negeri itu ke arah kesejahteraan.



"Dengan anggota (exco) baru, sudah tentu ada semangat baru untuk terus memperjuangkan kesejahteraan Selangor," katanya yang juga ADUN DAP Sungai Pinang.



Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengangkat sumpah semula menjadi exco Selangor di Istana Alam Shah di Klang petang ini.



Menurutnya lagi, beliau juga "tiada masalah" dengan komposisi 4:3:3 yang memberi kelebihan kepada PKR kerana perkara itu pernah berlaku dalam penggal pelantikan sebelum ini.



"Saya rasa tidak ada masalah. Kalau kita lihat pada penggal pertama, 4:3:3 di mana PKR adalah 4. Pada penggal kedua, empat (4) itu adalah PAS.



"Sekarang kembali kepada PKR. Jadi ia pernah berlaku, bukan kali pertama PKR diberi empat kerusi. Jadi biasalah," katanya.



Beliau menganggap pemimpin yang tidak terpilih sebagai exco sebagai "adat" kerana pemimpin datang dan pergi dan adakalanya ada di antara mereka diberikan tugasan yang berbeza sama ada sedikit atau banyak.



"(Jadi) kita terimanya (sebagai) dalam gabungan politik," katanya.

Malaysiakini




Teng: Tukar komposisi exco pernah berlaku adalah Entri ulangsiar dari sesawang indah. Credit dan Penghargaan kepada Indah iaitu penulis/pemilik asalnya. All due respect dan Trimas kerana menghargai laman Sesawang Belohog.

Share this

0 Comment to "Teng: Tukar komposisi exco pernah berlaku"

Post a Comment