Thursday, July 10, 2014

Bung terus ejek Brazil, tonjol gambar coli

Bung terus ejek Brazil, tonjol gambar coli adalah entri ulangsiar dari sesawang Indah. Belohog Kata Kunci Ayat Sebaris berkongsi informasi terkini, maklumat semasa dan coretan umum untuk blog reader di Malaysia. Semoga Bung terus ejek Brazil, tonjol gambar coli sama ada tersurat atau tersirat dapat memberi nilai-nilai yang menjadikan kehidupan lebih baik dari sebelummnya. Sekiranya perlu, boleh kongsikan/sebarkan entri Bung terus ejek Brazil, tonjol gambar coli ini di laman sosial. Wallahu'alam bissawab.


Bung terus ejek Brazil, tonjol gambar coli



9 Jul 2014



Kecaman demi kecaman yang diterima Datuk Bung Moktar Radin tidak menghalang MP tersebut untuk meneruskan jenaka hambarnya di Twitter mengenai kekalahan pasukan Brazil dalam perlawanan separuh akhir Piala Dunia.



Beliau terdahulu dikecam hebat, termasuk oleh duta Jerman ke Malaysia kerana menyanjung pemimpin parti Nazi Jerman, Adolf Hitler atas kemenangan negara itu ke atas Brazil.



Dalam tulisannya petang ini, beliau menerbitkan pula gambar coli, yang dikenali dengan nama "bra" dalam bahasa Inggeris, untuk mengejek pasukan Brazil.



"BRA" merupakan singkatan nama negara Amerika latin itu dan ditandakan di semua jersi pemain Brazil untuk perlawanan itu.



Gambar baju dalam wanita itu, diterbitkannya di Twitter untuk menjawab tulisan seorang wartawan wanita.



Bung berkata: "Saya merujuk kepada kekuatan pasukan bola sepak Jerman sepertimana pada zaman Hitler ketika memalukan Brazil 7-1".



Tulisan Bung di Twitter yang mengaitkan Hitler itu turut mendapat liputan antarabangsa termasuk majalah Time yang melaporkan bahawa MP tersebut memuji Hitler atas kemenangan pasukan Jerman. Malaysiakini


Bung terus ejek Brazil, tonjol gambar coli adalah Entri ulangsiar dari sesawang indah. Credit dan Penghargaan kepada Indah iaitu penulis/pemilik asalnya. All due respect dan Trimas kerana menghargai laman Sesawang Belohog.

Share this

0 Comment to "Bung terus ejek Brazil, tonjol gambar coli"

Post a Comment