Friday, August 22, 2014

Shamsul: Beri peluang pada wanita jadi pemimpin

Shamsul: Beri peluang pada wanita jadi pemimpin adalah entri ulangsiar dari sesawang Indah. Belohog Kata Kunci Ayat Sebaris berkongsi informasi terkini, maklumat semasa dan coretan umum untuk blog reader di Malaysia. Semoga Shamsul: Beri peluang pada wanita jadi pemimpin sama ada tersurat atau tersirat dapat memberi nilai-nilai yang menjadikan kehidupan lebih baik dari sebelummnya. Sekiranya perlu, boleh kongsikan/sebarkan entri Shamsul: Beri peluang pada wanita jadi pemimpin ini di laman sosial. Wallahu'alam bissawab.


Shamsul: Beri peluang pada wanita jadi pemimpin



22 Aug 2014


Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Md Akin menolak pandangan bahawa Islam tidak membenarkan wanita dilantik ke jawatan utama termasuk perdana menteri.



Shamsul merujuk kepada polemik yang timbul berhubung cadangan untuk melantik presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ke jawatan menteri besar Selangor.



Shamsul berkata peluang yang adil perlu diberikan kepada golongan muda dan wanita untuk memainkan peranan utama dalam struktur kepimpinan.



"Buangkan prejudis dan prasangka terhadap parti rakan, terhadap gender, terhadap umur dan terhadap etnik.



"Apakah kita mahu menolak ketokohan dan kemampuan seseorang hanya semata-mata kerana dia seorang wanita?,” katanya dalam ucapan di kongres AMK pagi ini di Shah Alam.



Menurutnya, ada juga pihak yang berhujah bahawa Islam tidak membenarkan wanita dilantik ke jawatan pemimpin.



Katanya, hujah berkenaan berasaskan kepada satu hadis Rasulullah, bahawa: “Tidak akan beruntung satu kaum yang melantik wanita mengendalikan urusan mereka.”



Bagaimanapun, wujud salah faham ke atas hadis tersebut, sepertimana dijelaskan oleh Mufti Pahang Dr Wan Salim Wan Noor, katanya.



Shamsul Iskandar berkata, Wan Salim telahpun menjelaskan bahawa hadis tersebut hanya merujuk kepada seorang ratu Parsi yang mengoyak surat seruan Islam yang diutus Nabi SAW.



"Hadis tersebut tidak dimaksudkan secara umum," katanya yang turut merujuk kepada pandangan ulama tersohor Mesir, Yusuf Al-Qaradawi.



Katanya, Yusuf menyatakan pandagan yang cenderung mengharuskan wanita memegang jawatan termasuk perdana menteri dengan beberapa syarat.



"Beliau mengkritik tindakan memahami hadis di atas secara umum yang akan bertentangan dengan al-Quran yang mengisahkan mengenai ratu Balqis sebagai pemerintah Sabak yang berjaya," katanya. Malaysiakini


Shamsul: Beri peluang pada wanita jadi pemimpin adalah Entri ulangsiar dari sesawang indah. Credit dan Penghargaan kepada Indah iaitu penulis/pemilik asalnya. All due respect dan Trimas kerana menghargai laman Sesawang Belohog.

Share this

0 Comment to "Shamsul: Beri peluang pada wanita jadi pemimpin"

Post a Comment