Friday, August 22, 2014

Azmin: PR yakin rampas Pengkalan Kubor

Azmin: PR yakin rampas Pengkalan Kubor adalah entri ulangsiar dari sesawang Indah. Belohog Kata Kunci Ayat Sebaris berkongsi informasi terkini, maklumat semasa dan coretan umum untuk blog reader di Malaysia. Semoga Azmin: PR yakin rampas Pengkalan Kubor sama ada tersurat atau tersirat dapat memberi nilai-nilai yang menjadikan kehidupan lebih baik dari sebelummnya. Sekiranya perlu, boleh kongsikan/sebarkan entri Azmin: PR yakin rampas Pengkalan Kubor ini di laman sosial. Wallahu'alam bissawab.


Azmin: PR yakin rampas Pengkalan Kubor


sinarharianN




SHAH ALAM - Rekod prestasi Kerajaan Negeri Kelantan di bawah pentadbiran Pas diyakini mampu memberi kemenangan kepada PR bagi merampas kembali kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Pengkalan Kubor daripada tangan Umno.



Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali menegaskan walaupun Umno berjaya mempertahankan kerusi itu sejak 2004, namun PR mempunyai peluang untuk mengambil alih kerusi tersebut dalam pilihan raya kecil tidak lama lagi.



"Saya percaya dengan rekod dan prestasi kerajaan negeri Kelantan, kita boleh mengambil semula kerusi Pengkalan Kubor di Parlimen Tumpat yang diwakili Pas dan ada dua Dun lain dimenangi oleh Pas.



"Jadi saya tidak nampak ada halangan yang besar PR mengambil semula kerusi Pengkalan Kubor," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK), di sini, hari ini.



Kerusi Dun Pengkalan Kubor menjadi kosong apabila penyandangnya dari BN, Datuk Noor Zahidi Omar meninggal dunia ketika menerima rawatan di Guanzhou, China pada Rabu lalu.



Allahyarham yang juga Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan meninggal dunia akibat kanser.



Pada PRU13, Noor Zahidi menang besar dengan majoriti 1,763 undi walaupun terpaksa berdepan dengan pertandingan tiga penjuru antara calon PKR, Saharun Ibrahim dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail.



Dalam pada itu, Azmin mengesahkan beliau sudah menemui Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam bagi memaklumkan mengenai kerusi tersebut.



Bagaimanapun katanya, perbincangan terperinci akan dilakukan selepas kongres PKR selesai pada minggu depan.



"Kita akan mengadakan perbincangan secara khusus selepas selesainya kongres ini untuk melihat persiapan PRK.



Ketika ditanya tentang pertukaran kerusi itu, Azmin bagaimanapun berkata tiada perbincangan dilakukan mengenainya sehingga pertemuan dengan Abdul Hadi pada minggu depan


Azmin: PR yakin rampas Pengkalan Kubor adalah Entri ulangsiar dari sesawang indah. Credit dan Penghargaan kepada Indah iaitu penulis/pemilik asalnya. All due respect dan Trimas kerana menghargai laman Sesawang Belohog.

Share this

0 Comment to "Azmin: PR yakin rampas Pengkalan Kubor"

Post a Comment