Saturday, August 23, 2014

Pakar: Tiada asas kuat untuk bubar DUN

Pakar: Tiada asas kuat untuk bubar DUN adalah entri ulangsiar dari sesawang Indah. Belohog Kata Kunci Ayat Sebaris berkongsi informasi terkini, maklumat semasa dan coretan umum untuk blog reader di Malaysia. Semoga Pakar: Tiada asas kuat untuk bubar DUN sama ada tersurat atau tersirat dapat memberi nilai-nilai yang menjadikan kehidupan lebih baik dari sebelummnya. Sekiranya perlu, boleh kongsikan/sebarkan entri Pakar: Tiada asas kuat untuk bubar DUN ini di laman sosial. Wallahu'alam bissawab.


Pakar: Tiada asas kuat untuk bubar DUN



23 Aug 2014





Pakar perlembagaan Abdul Aziz Bari berkata tiada apa boleh dilakukan sekiranya sultan Selangor mengambil keputusan membubarkan DUN Selangor minggu depan.



Pensyarah undang-undang itu berkata, sultan berkuasa untuk berbuat demikian walaupun beliau tidak tepat jika menurut amalan undang-undang sistem Westminster.



"Kalau katakan Isnin ini sultan bubar DUN. (Kita) Tak boleh buat apa-apa," kata beliau dalam Forum Krisis Selangor : Isu Perlembagan dan Demokrasi di Kuala Lumpur semalam.



Bagaimanapun, sultan sebagai ketua negeri harus melihat amalan di negara Komanwel lain yang menuntut pemerintah memainkan peranan "mengatasi politik" dan tidak dilihat memihak kepada mana-mana parti politik atau pentadbir.



Ini penting kerana menurut beliau, situasi di Selangor kini tidak memberi asas yang kuat untuk membolehkan DUN dibubarkan.



"Situasi yang membenarkan pembubaran DUN adalah seperti berlakunya parlimen tergantung.



(Krisis) ini tidak bermakma baginda boleh membuat keputusan sesuka hati. Baginda perlu melihat amalan di negara Komanwel lain.



"Sebagai ketua negeri, baginda harus dilihat mengatasi politik," hujah beliau.



Justeru Aziz menganggap sultan sepatutnya memberi kata putus dengan tegas ketika Khalid menghadap baginda pada 11 Ogos lalu, selepas menteri besar itu disingkirkan dari PKR.



"Pada pandangan saya itulah permulaan apa yang berlaku sekarang.



"Keadaan akan menjadi berbeza sekiranya baginda bertindak dengan tegas pada 11 Ogos itu.



"Sekiranya semua mengikut buku (undang-undang) keadaan akan jadi jauh lebih mudah," kata beliau. Malaysiakini


Pakar: Tiada asas kuat untuk bubar DUN adalah Entri ulangsiar dari sesawang indah. Credit dan Penghargaan kepada Indah iaitu penulis/pemilik asalnya. All due respect dan Trimas kerana menghargai laman Sesawang Belohog.

Share this

0 Comment to "Pakar: Tiada asas kuat untuk bubar DUN"

Post a Comment