Thursday, August 14, 2014

Nasrudin: Jangan ugut PAS, tunggu 17 Ogos

Nasrudin: Jangan ugut PAS, tunggu 17 Ogos adalah entri ulangsiar dari sesawang Indah. Belohog Kata Kunci Ayat Sebaris berkongsi informasi terkini, maklumat semasa dan coretan umum untuk blog reader di Malaysia. Semoga Nasrudin: Jangan ugut PAS, tunggu 17 Ogos sama ada tersurat atau tersirat dapat memberi nilai-nilai yang menjadikan kehidupan lebih baik dari sebelummnya. Sekiranya perlu, boleh kongsikan/sebarkan entri Nasrudin: Jangan ugut PAS, tunggu 17 Ogos ini di laman sosial. Wallahu'alam bissawab.


Nasrudin: Jangan ugut PAS, tunggu 17 Ogos



13 Aug 2014

13/8/14


MP Temerloh, Nasrudin Hasan dalam satu kenyataan hari ini menggesa agar paksaan dan sikap memberi kata dua selepas membuat keputusan sebelah pihak dijauhi dalam Pakatan Rakyat.



Menurutnya, sikap demikian boleh menyebabkan "sesuatu pakatan itu terjejas malah retak dan pecah apabila tiada lagi persefahaman dan persepakatan".



"Kalau nak berpakat janganlah memaksa. Amalkan mesyuarat bersama sebelum buat keputusan.



"Sikap bagi kata dua adalah suatu budaya peras ugut politik yang sangat kotor. Manakan tidak, setelah membuat keputusan lalu mengugut supaya dipatuhi keputusan tersebut sedang ia tidak dimusyawarah terlebih dahulu," katanya yang juga ahli jawatankuasa PAS pusat.



Walapun tidak merujuk kepada sesiapa secara langsung, kenyataan itu dibuat selepas Naib Presiden PKR, N surendran pagi tadi menggesa PAS agar membuat keputusan berkenaan krisis di Selangor dengan segera.



Surendran berkata PAS tidak perlu menunggu sehingga mesyuarat AJK Pas Pusat pada 17 Ogos ini untuk membuat keputusan.



"Sementara PAS mengamati senario ini sebelum memutuskan tindakannya pada 17 Ogos 2014 nanti, usahlah mengugut dan beri kata dua kepada PAS.



"PAS bukan parti hingusan di persada politik tanahair untuk dibuli sedemikian rupa," kata Nasrudin menerusi laman Facebook beliau. Malaysiakini


Nasrudin: Jangan ugut PAS, tunggu 17 Ogos adalah Entri ulangsiar dari sesawang indah. Credit dan Penghargaan kepada Indah iaitu penulis/pemilik asalnya. All due respect dan Trimas kerana menghargai laman Sesawang Belohog.

Share this

0 Comment to "Nasrudin: Jangan ugut PAS, tunggu 17 Ogos"

Post a Comment