Friday, August 29, 2014

Murid gigit tangan penculik

Murid gigit tangan penculik adalah entri ulangsiar dari sesawang Indah. Belohog Kata Kunci Ayat Sebaris berkongsi informasi terkini, maklumat semasa dan coretan umum untuk blog reader di Malaysia. Semoga Murid gigit tangan penculik sama ada tersurat atau tersirat dapat memberi nilai-nilai yang menjadikan kehidupan lebih baik dari sebelummnya. Sekiranya perlu, boleh kongsikan/sebarkan entri Murid gigit tangan penculik ini di laman sosial. Wallahu'alam bissawab.


Murid gigit tangan penculik





29/8/14

Georgetown: Dua murid perempuan terselamat daripada menjadi mangsa culik tiga lelaki selepas mereka mengigit tangan suspek dalam kejadian di depan sebuah sekolah di Batu Lanchang, di sini semalam.




Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, kedua-dua mangsa berusia 9 tahun ditarik masuk dalam sebuah van putih bercermin gelap.


Mereka kemudian diikat namun terselamat kerana menggigit tangan suspek sebelum berjaya meloloskan diri ketika van berkenaan berhenti berhampiran sebuah bank di Jalan Masjid Negeri.



Kedua-dua mangsa berlari pulang ke sekolah dan menceritakan kejadian terbabit kepada ibu mereka yang juga guru di sekolah itu.




Ketika itu, ibu kedua-dua pelajar berkenaan turut panik kerana anak mereka tiada di kawasan sekolah seperti kebiasaannya.



Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Abdul Rahman Ahmad yang dihubungi mengesahkan laporan dan juga kejadian terbabit.

myMetro


Murid gigit tangan penculik adalah Entri ulangsiar dari sesawang indah. Credit dan Penghargaan kepada Indah iaitu penulis/pemilik asalnya. All due respect dan Trimas kerana menghargai laman Sesawang Belohog.

Share this

Rain Above Love Under Luna. Where there is love there is life and yes im in love with you.

0 Comment to "Murid gigit tangan penculik"

Post a Comment