Thursday, August 7, 2014

Makin celaru. Khalid Ibrahim diheret ke lembaga disiplin PKR

Makin celaru. Khalid Ibrahim diheret ke lembaga disiplin PKR adalah entri ulangsiar dari sesawang Indah. Belohog Kata Kunci Ayat Sebaris berkongsi informasi terkini, maklumat semasa dan coretan umum untuk blog reader di Malaysia. Semoga Makin celaru. Khalid Ibrahim diheret ke lembaga disiplin PKR sama ada tersurat atau tersirat dapat memberi nilai-nilai yang menjadikan kehidupan lebih baik dari sebelummnya. Sekiranya perlu, boleh kongsikan/sebarkan entri Makin celaru. Khalid Ibrahim diheret ke lembaga disiplin PKR ini di laman sosial. Wallahu'alam bissawab.


Makin celaru. Khalid Ibrahim diheret ke lembaga disiplin PKR



7 Aug 2014



Lembaga disiplin PKR mengarahkan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim tampil memberi penjelasan berhubung isu kontroversi yang menyebabkan timbul gesaan agar beliau disingkirkan dari jawatan tersebut.



Pengerusi lembaga tersebut Datuk Tan Kee Kwong berkata Khalid perlu menghadiri mesyuarat lembaga disiplin itu di ibu pejabat parti, jam 3 petang esok.



Arahan itu muncul selepas lembaga tersebut menerima jawapan Khalid ke atas surat tunjuk sebab yang dikeluarkan pada hari Selasa lalu.



Khalid antara lainnya akan ditanya mengenai kandungan kenyataan akhbar bertarikh 22 Julai.



Selain itu, menteri besar itu juga akan ditanya mengenai penstrukturan semula industri air, elaun baru menteri besar, kenaikan kadar lesen perniagaan, hutang peribadinya dengan Bank Islam dan juga cadangan projek lebuh raya Kidex, kata Tan dalam kenyataannya.



Khalid diberi kelonggaran untuk hadir pada tengahari, Sabtu, sekiranya tidak dapat hadir dalam sesi esok, kata Tan.



Tindakan terbaru ke atas Khalid itu menguatkan lagi cakap-cakap bahawa Khalid akan digugurkan dari parti itu sebelum PAS bermesyuarat pada hari Ahad untuk memutuskan sama ada akan tetap menyokong agar menteri besar itu kekal di jawatan berkenaan.



Dalam jawapannya ke atas surat tunjuk sebab itu semalam, Khalid membangkitkan bahawa PKR mengeluarkan surat yang “cacat” kerana tidak menyatakan dengan jelas kesalahan yang didakwa dilakukannya. Malaysiakini


Makin celaru. Khalid Ibrahim diheret ke lembaga disiplin PKR adalah Entri ulangsiar dari sesawang indah. Credit dan Penghargaan kepada Indah iaitu penulis/pemilik asalnya. All due respect dan Trimas kerana menghargai laman Sesawang Belohog.

Share this

0 Comment to "Makin celaru. Khalid Ibrahim diheret ke lembaga disiplin PKR"

Post a Comment