Thursday, August 7, 2014

PKR kecam perang saraf guna surat palsu

PKR kecam perang saraf guna surat palsu adalah entri ulangsiar dari sesawang Indah. Belohog Kata Kunci Ayat Sebaris berkongsi informasi terkini, maklumat semasa dan coretan umum untuk blog reader di Malaysia. Semoga PKR kecam perang saraf guna surat palsu sama ada tersurat atau tersirat dapat memberi nilai-nilai yang menjadikan kehidupan lebih baik dari sebelummnya. Sekiranya perlu, boleh kongsikan/sebarkan entri PKR kecam perang saraf guna surat palsu ini di laman sosial. Wallahu'alam bissawab.


PKR kecam perang saraf guna surat palsu



6 Aug 2014



Perang saraf antara pihak bertelagah dalam PKR ekoran isu sekitar jawatan menteri besar Selangor semakin rancak dengan penyebaran sepucuk surat yang didakwa dari PKR kepada Tan Sri Khalid Ibrahim.



Surat itu, yang disahkan palsu oleh Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil (bawah), mendakwa PKR menawarkan Khalid bayaran sebanyak RM30,000 sebulan sekiranya beliau melepaskan jawatan menteri besar Selangor.



Surat dengan tajuk “Penyelesaian bersama Langkah Kajang” itu menawarkan imbuhan itu buat Khalid yang akan dilantik sebagai penasihat ekonomi Selangor sekiranya beliau melepaskan jawatannya sekarang.



Surat yang dipalsukan dengan tandatangan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution itu turut menawarkan Khalid jawatan pengerusi jawatankuasa penstrukturan air Selangor sekiranya beliau melepaskan jawatan MB.



"Saya menghubungi Datuk Saifuddin (setiausaha agung PKR) dan mendapat pengesahan bahawa beliau tidak mengeluarkan surat tersebut.



"Malah nombor rujukan yang digunakan juga adalah nombor rujukan palsu; "JKD" merujuk kepada Jawatankuasa Disiplin, dan Datuk Saifuddin tidak menandatangani surat jawatankuasa tersebut," kata Fahmi Fadzil dalam kenyataannya.

Malaysiakini


PKR kecam perang saraf guna surat palsu adalah Entri ulangsiar dari sesawang indah. Credit dan Penghargaan kepada Indah iaitu penulis/pemilik asalnya. All due respect dan Trimas kerana menghargai laman Sesawang Belohog.

Share this

0 Comment to "PKR kecam perang saraf guna surat palsu"

Post a Comment