Friday, August 15, 2014

Kemelut MB: Tumpuan pada PAS dan sultan

Kemelut MB: Tumpuan pada PAS dan sultan adalah entri ulangsiar dari sesawang Indah. Belohog Kata Kunci Ayat Sebaris berkongsi informasi terkini, maklumat semasa dan coretan umum untuk blog reader di Malaysia. Semoga Kemelut MB: Tumpuan pada PAS dan sultan sama ada tersurat atau tersirat dapat memberi nilai-nilai yang menjadikan kehidupan lebih baik dari sebelummnya. Sekiranya perlu, boleh kongsikan/sebarkan entri Kemelut MB: Tumpuan pada PAS dan sultan ini di laman sosial. Wallahu'alam bissawab.


Kemelut MB: Tumpuan pada PAS dan sultan



14 Aug 2014





Walaupun berjaya mendapat sokongan majoriti anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dengan sokongan terbaru dua wakil PAS, masih terdapat halangan besar yang perlu direntas Pakatan Rakyat untuk mempertahankan pentadbirannya di Selangor.



Ini kerana masih terdapat perkara perlu diselesaikan dengan PAS dan istana Selangor bagi menamatkan krisis menteri besar di negeri itu.



Hubungan antara Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail dan PKR dengan kedua-dua pihak itu kini sedang diperhatikan untuk tempoh penting dua tiga hari ini bagi menentukan kepimpinan negeri.



Paling penting sama ada PKR dan ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim bersedia mengemukakan nama kedua sebagai calon menteri besar menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim yang sudah dipecat parti itu.



Istana Selangor sudah pun menolak permohonan Wan Azizah untuk menghadap sultan awal minggu ini kerana pihak itu enggan terlibat dalam urusan dalaman PKR.



Wan Azizah, ADUN Kajang, bagaimanapun kini mengutus surat kedua untuk tujuan itu bagi memaklumkan beliau sudah mendapat sokongan majoriti daripada anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk menyingkirkan Khalid.



Dengan perkembangan terbaru itu, terdapat tuntutan supaya sultan memperkenan untuk mengarahkan Khalid meletakkan jawatan.



Bagaimanapun, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali semalam berkata beliau ada “dengar” bahawa istana menolak pencalonan Azizah, justeru parti itu dikatakan mahu PKR menamakan calon lain.



Jika istana sekali lagi tidak menerima menghadap Azizah, PKR dan DAP nampaknya harus menunggu sehingga sidang DUN seterunya untuk melakukan undi tidak percaya terhadap Khalid.



Dewan juga mungkin tergantung dan sekali gus mendorong sultan membubarkan DUN bagi memberi laluan kepada pilihan raya baru negeri.



Perkara itu menyebabkan Pakatan harus berhati-hati ekoran kebimbangan pilihan raya itu tidak menguntungkan PAS dan PKR berbanding pilihan raya umum ke-13 lalu.



Cara utama untuk mengelakkan perkara itu hanya dengan memastikan PAS mendukung hasrat menukar menteri besar sedia ada bersama PKR dan DAP.

Malaysiakini


Kemelut MB: Tumpuan pada PAS dan sultan adalah Entri ulangsiar dari sesawang indah. Credit dan Penghargaan kepada Indah iaitu penulis/pemilik asalnya. All due respect dan Trimas kerana menghargai laman Sesawang Belohog.

Share this

0 Comment to "Kemelut MB: Tumpuan pada PAS dan sultan"

Post a Comment