Friday, August 15, 2014

'Tiada cara lain, lantik Wan Azizah segera'

'Tiada cara lain, lantik Wan Azizah segera' adalah entri ulangsiar dari sesawang Indah. Belohog Kata Kunci Ayat Sebaris berkongsi informasi terkini, maklumat semasa dan coretan umum untuk blog reader di Malaysia. Semoga 'Tiada cara lain, lantik Wan Azizah segera' sama ada tersurat atau tersirat dapat memberi nilai-nilai yang menjadikan kehidupan lebih baik dari sebelummnya. Sekiranya perlu, boleh kongsikan/sebarkan entri 'Tiada cara lain, lantik Wan Azizah segera' ini di laman sosial. Wallahu'alam bissawab.


'Tiada cara lain, lantik Wan Azizah segera'



15 Aug 2014



Pakar perlembagaan Abdul Aziz Bari berkata sultan Selangor kini perlu melantik Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar memandangkan presiden PKR itu mendapat sokongan majoriti anggota DUN.



"Mengikut undang-undang, pembubaran (DUN) bukan lagi satu pilihan sekarang. Saya berani menyebut bahawa (pembubaran) juga bertentangan dengan perlembagaan dan demokrasi.



"Tidak perlu lagi buang masa dan wang bila majoriti sokongan di pihak Wan Azizah.



“Undang-undangnya jelas, sultan mesti lantik Wan Azizah untuk membolehkan pentadbiran negeri kembali norma;,” katanya.



Wan Azizah semalam mendedahkan bahawa beliau mendapat sokongan 30 orang ADUN, termasuk dua dari PAS untuk membolehkan beliau dilantik ke jawatan menteri besar.



ADUN Kajang itu juga berkata, ADUN berkenaan juga hilang keyakinan ke atas pentadbiran menteri besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.



Kenyataan itu mengundang cabaran dari Khalid agar Wan Azizah membuktikan perkara itu melalui undi tidak percaya dalam sidang DUN.



Pendirian Khalid itu bagaimanapun dipandang sinis oleh Aziz.



“Khalid sepatutnya konsisten jika beliau mahu mengekalkan kewibawaan dan maruahnya.



"Beliau tidak mahu membuktikan dakwaan bahawa beliau mendapat sokongan majoriti ketika bertemu Sultan pada 11 Ogos tapi sekarang menuntut perkara itu apabila Wan Azizah muncul dengan bukti bahawa sokongan majoriti di pihak (Wan Azizah).



"Saya tetap berpendirian bahawa tiada jalan lagi untuk Khalid,” katanya.

Malaysiakini


'Tiada cara lain, lantik Wan Azizah segera' adalah Entri ulangsiar dari sesawang indah. Credit dan Penghargaan kepada Indah iaitu penulis/pemilik asalnya. All due respect dan Trimas kerana menghargai laman Sesawang Belohog.

Share this

0 Comment to "'Tiada cara lain, lantik Wan Azizah segera'"

Post a Comment