Sunday, August 10, 2014

Azmin: Siapa kata saya tak sokong Azizah?

Azmin: Siapa kata saya tak sokong Azizah? adalah entri ulangsiar dari sesawang Indah. Belohog Kata Kunci Ayat Sebaris berkongsi informasi terkini, maklumat semasa dan coretan umum untuk blog reader di Malaysia. Semoga Azmin: Siapa kata saya tak sokong Azizah? sama ada tersurat atau tersirat dapat memberi nilai-nilai yang menjadikan kehidupan lebih baik dari sebelummnya. Sekiranya perlu, boleh kongsikan/sebarkan entri Azmin: Siapa kata saya tak sokong Azizah? ini di laman sosial. Wallahu'alam bissawab.


Azmin: Siapa kata saya tak sokong Azizah?



10 Aug 2014


Setelah sekian lama berdiam diri Timbalan Presiden PKR Azmin Ali meminta semua pihak tidak membuat spekulasi bahawa beliau tidak menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah sebagai menteri besar.



Bagaimanapun Azmin masih tidak memberitahu secara jelas kedudukan beliau sama ada menyokong atau tidak.



Beliau sebaliknya berkata keutamaan dalam PKR kini adalah bersatu dalam menghadapi krisis ini kerana ia menggugat parti itu dan Pakatan Rakyat.



"Siapa kata (saya tak sokong Wan Azizah?), tak bolehlah berspekulasi.



"Saya dah nyatakan dalam (mesyuarat) MPP semalam bahawa kita ada satu krisis dan dalam krisis ini kena bersatu hati dan inilah yang telah kita jalankan untuk pastikan keputusan diambil dijamin selamatkan parti dan selamatkan Pakatan Rakyat.



Minggu lalu Azmin menulis tweet menyelar Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail kerana membuat kenyataan tanpa merujuk beliau terlebih dahulu.



Tweet tersebut dipercayai merujuk kepada laporan bahawa Saifuddin menyatakan Azmin yang hadir dalam mesyuarat MPP PKR pada 3 Ogos lalu menyokong Wan Azizah sebagai menteri besar.



Azmin hari ini menyatakan PKR telah memecat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengikut prosedur yang dibenarkan perlembagaan parti. Malaysiakini


Azmin: Siapa kata saya tak sokong Azizah? adalah Entri ulangsiar dari sesawang indah. Credit dan Penghargaan kepada Indah iaitu penulis/pemilik asalnya. All due respect dan Trimas kerana menghargai laman Sesawang Belohog.

Share this

0 Comment to "Azmin: Siapa kata saya tak sokong Azizah?"

Post a Comment