Monday, July 28, 2014

Exco: Samseng bersenjata cuba sabotaj air S'gor

Exco: Samseng bersenjata cuba sabotaj air S'gor adalah entri ulangsiar dari sesawang Indah. Belohog Kata Kunci Ayat Sebaris berkongsi informasi terkini, maklumat semasa dan coretan umum untuk blog reader di Malaysia. Semoga Exco: Samseng bersenjata cuba sabotaj air S'gor sama ada tersurat atau tersirat dapat memberi nilai-nilai yang menjadikan kehidupan lebih baik dari sebelummnya. Sekiranya perlu, boleh kongsikan/sebarkan entri Exco: Samseng bersenjata cuba sabotaj air S'gor ini di laman sosial. Wallahu'alam bissawab.


Exco: Samseng bersenjata cuba sabotaj air S'gor



27 Jul 2014





Usaha kerajaan Selangor memastikan bekalan air mentah cukup sepanjang perayaan Aidilfitri didakwa cuba disabotaj oleh sekumpulan samseng bersenjata menyebabkan operasi pengepaman air ke sungai terganggu lima jam.



Exco belia dan sukan, infrastruktur dan kemudahan awam Ahmad Yunus Hairi (gambar sebelah, kanan sekali) berkata, keadaan itu menyebabkan pengeluaran air sebanyak 70 juta liter padu tergendala.



Katanya, sekitar jam 3 pagi semalam, pasukan pengendali pam di Bestari Jaya diugut dan terpaksa meninggalkannya atas faktor keselamatan.



“Ketika ini pasukan daripada Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sedang bekerja keras melakukan operasi pengepaman agar bekalan air mentah tidak terjejas,” kata Yunus.



Katanya, laporan polis juga dibuat di balai polis Bestari Jaya dan kerajaan negeri berharap polis akan meningkatkan keselamatan dan menyiasat secepat mungkin agar ia tidak berulang.



“Dalam situasi kerajaan negeri yang sedang berusaha keras bagi memastikan bekalan air terus lancar, kami juga berharap agar seluruh pengguna air dapat menggunakan air dengan cermat dan berhemat,” katanya.Malaysiakini


Exco: Samseng bersenjata cuba sabotaj air S'gor adalah Entri ulangsiar dari sesawang indah. Credit dan Penghargaan kepada Indah iaitu penulis/pemilik asalnya. All due respect dan Trimas kerana menghargai laman Sesawang Belohog.

Share this

0 Comment to "Exco: Samseng bersenjata cuba sabotaj air S'gor"

Post a Comment