Wednesday, June 25, 2014

Najib: Jemaah menteri ramai tak dapat dielak

Najib: Jemaah menteri ramai tak dapat dielak adalah entri ulangsiar dari sesawang Indah. Belohog Kata Kunci Ayat Sebaris berkongsi informasi terkini, maklumat semasa dan coretan umum untuk blog reader di Malaysia. Semoga Najib: Jemaah menteri ramai tak dapat dielak sama ada tersurat atau tersirat dapat memberi nilai-nilai yang menjadikan kehidupan lebih baik dari sebelummnya. Sekiranya perlu, boleh kongsikan/sebarkan entri Najib: Jemaah menteri ramai tak dapat dielak ini di laman sosial. Wallahu'alam bissawab.


Najib: Jemaah menteri ramai tak dapat dielak



25 Jun 2014


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata jumlah anggota jemaah menteri yang semakin bertambah dengan pelantikan baru yang diumumkan hari ini tidak dapat dielakkan atas sebab-sebab tertentu.



Katanya, beliau membuat perubahan berdasarkan keputusan baru MCA yang mahu menyertai Kabinet semula, selepas memutuskan sebaliknya sebelum itu.



"Kita terpaksa buat perubahan berikutan keputusan yang dibuat oleh MCA.



"Sebab pada mulanya MCA kata dia tak nak masuk kerajaan, tapi kemudian dia telah berfikir semula dan melihat bahawa perlu mereka menyertai kerajaan," katanya.



Beliau turut mendedahkan bahawa pengumuman penstrukturan semula Kabinet itu ditunda bagi menumpukan kes kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370.



“Kita tidak dapat umum lebih awal kerana MH370.



"Kita perlu tumpuan sepenuhnya ke atas kes ini, dan kesinambungan itu penting.



"Sekarang kita sudah pergi ke fasa baru mengenai MH370, saya rasa sekarang waktu yang sesuai untuk buat pengumuman," katanya.



Tambahnya, rundingan akan diadakan untuk memutuskan sama ada Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai akan memikul tanggungjawab dalam pencarian pesawat baru itu.



Susulan dari pengumuman hari ini, anggota jemaah menteri kini terdiri dari 35 menteri penuh, termasuk perdana menteri dan timbalan perdana menteri, dan juga 28 timbalan menteri.



Jabatan Perdana Menteri sendiri terdiri dari 10 orang menteri dan seorang timbalan menteri.



Mengulas mengenai kekosongan selepas peletakan jawatan pengerusi Persatuan Hindraf Malaysia (PHM) P Waythamoorthy, Najib berkata kedudukan itu tidak akan diganti.



Katanya, satu jawatankuasa bertindak Kabinet sudahpun dibentuk bagi menangani tugas dalam portfolio berkenaan.



Waythamoorthy meletak jawatan sebagai timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri selepas menuduh kerajaan gagal mengotakan janji untuk menaikkan taraf sosioekonomi masyarakat India di Malaysia. Malaysiakini


Najib: Jemaah menteri ramai tak dapat dielak adalah Entri ulangsiar dari sesawang indah. Credit dan Penghargaan kepada Indah iaitu penulis/pemilik asalnya. All due respect dan Trimas kerana menghargai laman Sesawang Belohog.

Share this

0 Comment to "Najib: Jemaah menteri ramai tak dapat dielak"

Post a Comment