Thursday, June 26, 2014

Syed Ali jawab Zam: Saya pakai songket murah saja

Syed Ali jawab Zam: Saya pakai songket murah saja adalah entri ulangsiar dari sesawang Indah. Belohog Kata Kunci Ayat Sebaris berkongsi informasi terkini, maklumat semasa dan coretan umum untuk blog reader di Malaysia. Semoga Syed Ali jawab Zam: Saya pakai songket murah saja sama ada tersurat atau tersirat dapat memberi nilai-nilai yang menjadikan kehidupan lebih baik dari sebelummnya. Sekiranya perlu, boleh kongsikan/sebarkan entri Syed Ali jawab Zam: Saya pakai songket murah saja ini di laman sosial. Wallahu'alam bissawab.


Syed Ali jawab Zam: Saya pakai songket murah saja



26 Jun 2014


Ketua Umno bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee membidas tulisan bekas menteri penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin yang menuduh pemimpin parti itu bermewah-mewah pada sambutan ulang tahun ke-20 bahagian itu, kelmarin.



Zainuddin yang dikenali dengan nama pena 'Zam' mengkritik pujian pengarang kanan Utusan Malaysia, Zaini Hassan yang memuji cara pakaian pemimpin Umno dalam majlis itu.



Menurut Zam, pemakaian persalinan songket berharga di antara RM5,000 sehingga RM30,000 sepasang pada majlis itu menimbulkan persepsi Umno semakin jauh daripada rakyat biasa.



Bercakap kepada Malaysiakini, Syed Ali (kiri) menjelaskan bahawa songket yang dipakainya dan beberapa pemimpin Umno pada malam itu adalah songket murah daripada Pakistan.



"Berapa ramai sahaja daripada kami yang memakai songket pada malam itu? Bukan semua pakai songket.



"Dan takkan dia (Zam) tak tahu hendak bezakan antara songket yang mahal dengan songket yang murah?



"Songket yang kami pakai malam itu songket murah saja daripada Pakistan," katanya.



Jelasnya, beliau tidak faham akan alasan Zam untuk mengkritik kreativiti bahagian Cheras yang hanya menyambut ulang tahunnya setiap lima tahun sekali.



"Jadi apa masalah dia hendak pertikai semua itu? Dia sebagai bekas menteri, saya malulah nak jawab tulisan-tulisan dia yang macam itu.



"Sekupang pun kita tak minta duit dia. Saya sebenarnya tak perlulah

nak menjawab dia, dia sebagai bekas menteri bolehlah dia pakai yang mewah-mewah," katanya.



Menurutnya lagi, mereka memakai persalinan songket yang ditaja dan hanya mengeluarkan belanja sekitar RM60 untuk upah jahit.



Katanya lagi, majlis pada malam itu juga tidak menggunakan duit rakyat, sebaliknya Umno bahagian Cheras berjaya meraih dana sebanyak RM500,000 daripada sumbangan hadirin.



"Bulan Ramadan ini kita boleh bantu ibu tunggal serta anak-anak yatim dan golongan yang memerlukan dengan wang ini," katanya.



"Bagi saya, saya tak pakai duit rakyat maka orang tak boleh pertikailah.



"Dia (Zam) pernah jadi menteri, dialah yang pernah pakai duit rakyat," kata Syed Ali.Malaysiakini


Syed Ali jawab Zam: Saya pakai songket murah saja adalah Entri ulangsiar dari sesawang indah. Credit dan Penghargaan kepada Indah iaitu penulis/pemilik asalnya. All due respect dan Trimas kerana menghargai laman Sesawang Belohog.

Share this

0 Comment to "Syed Ali jawab Zam: Saya pakai songket murah saja"

Post a Comment