Tuesday, June 24, 2014

Bekir hadiahkan Ferrari pada anak 8 tahun

Bekir hadiahkan Ferrari pada anak 8 tahun adalah entri ulangsiar dari sesawang Indah. Belohog Kata Kunci Ayat Sebaris berkongsi informasi terkini, maklumat semasa dan coretan umum untuk blog reader di Malaysia. Semoga Bekir hadiahkan Ferrari pada anak 8 tahun sama ada tersurat atau tersirat dapat memberi nilai-nilai yang menjadikan kehidupan lebih baik dari sebelummnya. Sekiranya perlu, boleh kongsikan/sebarkan entri Bekir hadiahkan Ferrari pada anak 8 tahun ini di laman sosial. Wallahu'alam bissawab.


Bekir hadiahkan Ferrari pada anak 8 tahun



- 24 Jun 2014

24/6/14




Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib Mahmud hari ini memberitahu mahkamah yang beliau membelikan anaknya, Raden Murya sebuah kereta Ferrari sewaktu anaknya itu berusia lapan tahun.



Bercakap pada perbicaraan tuntutan mutaah RM100 juta terhadap beliau oleh bekas isterinya, Bekir berkata kereta itu dibeli kerana anaknya itu terlalu minatkan kereta Ferrari.



Kereta itu yang dibeli atas namanya kemudian ditukar kepada nama anaknya sendiri selepas beliau cukup umur 18 tahun.



"Sejak anak kecil, dia minat Ferrari jadi saya telah belikan Ferrari kepadanya.



"Dulu beli masa dia kecil, saya beli atas nama saya, sekarang saya alihkan atas nama anak," katanya sewaktu disoal peguam beliau, Datuk Seri Zainul Rijal Abu Bakar di Mahkamah Tinggi Syariah hari ini.



Bercakap kepada pemberita di luar mahkamah kemudiannya, Bekir berkata kereta itu adalah sebuah Ferrari Modena 370 terpakai dan dibeli pada tahun 2001 dengan harga RM950,000.



"Dari awal lagi saya beritahu beliau itu adalah keretanya, dan apabila beliau berusia 18 tahun saya tukar nama kepada namanya," katanya kepada pemberita.



Selain daripada kereta itu, Bekir pada 3 Jun lalu memberitahu mahkamah yang beliau membelikan Shahnaz tiga buah kereta mewah untuk digunakan - Mercedes S Class dengan anggaran harga RM800,000, BMW X5 (RM600,000), dan pacuan empat roda Jeep Cherokee (RM500,000).



Beliau juga mengaku membelikan sebuah banglo berharga RM2 juta untuk Shahnaz dan anaknya di Damansara dengan pinjaman bank sebanyak RM1.5 juta.



Pada Januari lalu pula Shahnaz mengaku menerima nafkah kewangan sebanyak RM7,000 sebulan dari tahun 2001 sehingga tahun 2006.



Ia kemudian dinaikkan kepada RM10,000 sebulan pada tahun 2007 dan pada tahun 2008 sehingga Ogos 2011 ia dinaikkan lagi kepada RM12,000 sebulan.



Bagaimanapun, nafkah itu dihentikan selepas mereka bercerai pada Mei 2011 dan tempoh edahnya habis pada bulan Ogos 2011.Malaysiakini


Bekir hadiahkan Ferrari pada anak 8 tahun adalah Entri ulangsiar dari sesawang indah. Credit dan Penghargaan kepada Indah iaitu penulis/pemilik asalnya. All due respect dan Trimas kerana menghargai laman Sesawang Belohog.

Share this

0 Comment to "Bekir hadiahkan Ferrari pada anak 8 tahun"

Post a Comment