Showing posts with label reBlog. Show all posts
Showing posts with label reBlog. Show all posts

Monday, June 9, 2014

Belohog dengan Tujuh Tanda-tanda Bulan Ramadan Malaysia 2014

Kata Kunci Ayat Sebaris mengenai 7 Tanda-tanda ketibaan Bulan Ramadan Malaysia 2014 di Sesawang Belohog. Menariknya Suasana Ramadhan di Malaysia kerana Aura Ramadhan dapat dirasakan 30 hari lebih awal dari Tarikh sebenar bermulanya Puasa di Bulan Ramadhan. Semuanya berlaku dengan kehadiran beberapa tanda unik yang hanya ada di Malaysia.

Belohog dengan Tujuh Tanda-tanda Bulan Ramadan Malaysia 2014

Walaupun anak bulan Ramadan lama lagi akan muncul, beberapa tanda-tanda awal sudah dilihat, didengar, dibaca malah dirasai oleh kita semua bahawa bulan puasa sudah hampir tiba. Berikut ialah 7 Tanda Unik yang menunjukkan Ramadhan hampir tiba. Menariknya ia hanya ada di Malaysia

Suara Manja Perempuan Berbisik

Seminggu dua ini semasa mendengar siaran radio ketika kenderaan merangkak dan terperangkap dalam kesesakan teruk pulang dari pejabat, tiba-tiba nyanyian di stesen pilihan terhenti.

Dalam keresahan melihat kenderaan merangkak seperti kura-kura, dan bimbang petrol dalam tangki akan habis, kedengaran suara seorang perempuan begitu manja dan menggoda, berbisik: "Yusuf Taiyoob...." .

reBlog

Untuk Tanda-Tanda Unik seterusnya sila ke Tujuh Tanda-tanda Bulan Ramadan Malaysia 2014 untuk bacaan sepenuhnya. Oh Belohoknya!

Thursday, June 5, 2014

Apakah Pakaian Ahli Neraka atau Berbogelkah Mereka

Apakah Pakaian Ahli Neraka. Walaupun selalu berdoa agar Allah memasukkan aku ke dalam syurga dan telah menghafal Lagu I'tiraf dengan baik (Wahai tuhan, Aku tak layak masuk syurgamu, Namun tak pula aku sanggup ke nerakamu Ampunkan dosa dan...). Namun sekurang-kurangnya ada masanya aku terfikir mengenai Azab Neraka. Walaupun ada yang mengatakan Ahli Neraka tidak berpakaian, takkan mereka semua berbogel sepanjang masa ketika di Neraka. 

Alhamdulillah, dengan Izin Allah juga aku terjumpa artikel Pakaian Ahli Neraka ini. Agar mudah untuk dirujuk di lain hari selain boleh dikongsikan bersama rakan semua, lalu aku kongsikan di laman ini.

Pakaian Ahli Neraka




Tidak terkecuali pakaian, perhiasan dan tempat tinggal mewah yang mereka nikmati pada saat ini. Semua ini akan berganti dengan pakaian yang dibuat daripada api. Allah SWT berfirman yang bermaksud: 
"Pakaian mereka (ahli neraka) adalah pelangkin (tar) yang sangat panas.."
Surah Ibrahim 14:50

Sudah tidak ada lagi fesyen yang selama ini dituruti dan dijaga. Sebaliknya, hanya api yang akan menjadi lantai, atap dan kediaman mereka selama-lamanya. Api juga akan menjadi katil dan kerusi tepat mereka cuba melepaskan penat berdiri. Tidak terbayang seksaan yang mereka rasakan pada saat itu. Sebiji bara api yang diletakkan atas tapak kaki, panasnya terasa hingga ke otak.
 
Berkata Wahb bin Munabbih: Sesungguhnya ahli neraka yang benar-benar ahlinya, mereka tidak akan merasai rehat, tidur dan maut di dalamnya. Setiap saat, mereka berjalan di atas api dan duduk pun di atas api. Minuman mereka ialah nanah dan darah ahli neraka, makanan mereka buah zaqum yang dibuat daripada api dan tembaga yang sangat panas. Dipetik dari Riwayat al-Hafiz Ibn Abi al-Dunya dalam kitab Sifat al-Nar.

Credit kepada penulis asal: Pakaian Ahli Neraka. Belohoknya!