Monday, September 8, 2014

Sallehen: Boleh lawan presiden, tapi cara baik

Sallehen: Boleh lawan presiden, tapi cara baik adalah entri ulangsiar dari sesawang Indah. Belohog Kata Kunci Ayat Sebaris berkongsi informasi terkini, maklumat semasa dan coretan umum untuk blog reader di Malaysia. Semoga Sallehen: Boleh lawan presiden, tapi cara baik sama ada tersurat atau tersirat dapat memberi nilai-nilai yang menjadikan kehidupan lebih baik dari sebelummnya. Sekiranya perlu, boleh kongsikan/sebarkan entri Sallehen: Boleh lawan presiden, tapi cara baik ini di laman sosial. Wallahu'alam bissawab.


Sallehen: Boleh lawan presiden, tapi cara baik



7 Sep 2014





Timbalan Pesuruhjaya (1) PAS Selangor Sallehen Mukhyi berkata kepimpinan tertinggi seperti presiden boleh dilawan tetapi perlulah secara baik dan berhemah dan bukannya suka-suka.



Tanpa merujuk kepada sesiapa, Sallehen memberi komen keadaan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pimpinan tertinggi yang menjadi sasaran kritikan pihak tertentu termasuk daripada dalam PAS sendiri.



Beliau bagaimanapun menegaskan ahli PAS perlu bersabar menurut perancangan kepimpinan sekiranya ia mendatangkan kebaikan.



"Sabarlah jangan gelojoh. Bersabar. Nak kata apa katalah, kesabaran akan jadi kesuburan.



"Kalau presiden dimaki macam mana kita? Kita boleh lawan tapi perlu berakhlak.



"Cuma kita akur arahan parti. Siapa kita kalau tak ikut arahan presiden parti. sekarang baru nampak kebijaksanaan pimpinan kita," kata beliau dalam ucapan perasmian Ijtimak PAS Selangor di Seri Kembangan hari ini.



Keputusan Hadi dalam krisis pentadbiran Selangor mendatangkan pelbagai kritikan dan kontroversi dalam Pakatan Rakyat.



Terbaru, Hadi mengkritik dan mendakwa presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan calon tunggal PKR dan DAP sebagai menteri besar sebagai tidak sesuai menjadi menteri besar.



Hadi turut sebelum itu menghantar nama tiga ADUN PAS termasuk Sallehen sebagai calon sebelum ditarik semula.



Senarai kedua pula mempunyai dua ADUN PKR dan seorang ADUN PAS.



Beberapa pimpinan PAS dilaporkan terkejut dengan perbuatan yang bertentangan dengan keputusan Jawatankuasa Pusat PAS sebelum ini yang mahukan Wan Azizah sebagai menteri besar.



Sallehen sementara itu menegaskan PAS tidak mahu berlaku pembubaran DUN Selangor yang dianggap beliau sebagai membazir dan tidak mendatangkan makna kepada parti itu dan Pakatan Rakyat.



Menurut beliau ia merupakan antara sebab yang paling utama kesemua empat exco PAS di Selangor tidak meletakkan jawatan untuk menjaga kerajaan Pakatan Rakyat Selangor



"Selagi tak buat pembubaran, DUN boleh berjalan sehingga November. (Pada) 17 November sesi DUN seterusnya.



"Nak buat pilihan raya bukan sikit belanja. Pilihan raya tak ada maknanya. apa yang berlaku sekarang ini adalah kerja kerajaan tidak terganggu. kita nak tunjuk dalam banyak hal-hal politik, kerja kerajaan tetap berjalan," kata beliau.Malaysiakini


Sallehen: Boleh lawan presiden, tapi cara baik adalah Entri ulangsiar dari sesawang indah. Credit dan Penghargaan kepada Indah iaitu penulis/pemilik asalnya. All due respect dan Trimas kerana menghargai laman Sesawang Belohog.

Share this

Rain Above Love Under Luna. Where there is love there is life and yes im in love with you.

0 Comment to "Sallehen: Boleh lawan presiden, tapi cara baik"

Post a Comment