Sunday, September 7, 2014

Haron Din juga anggap Azizah tak layak

Haron Din juga anggap Azizah tak layak adalah entri ulangsiar dari sesawang Indah. Belohog Kata Kunci Ayat Sebaris berkongsi informasi terkini, maklumat semasa dan coretan umum untuk blog reader di Malaysia. Semoga Haron Din juga anggap Azizah tak layak sama ada tersurat atau tersirat dapat memberi nilai-nilai yang menjadikan kehidupan lebih baik dari sebelummnya. Sekiranya perlu, boleh kongsikan/sebarkan entri Haron Din juga anggap Azizah tak layak ini di laman sosial. Wallahu'alam bissawab.


Haron Din juga anggap Azizah tak layak



7 Sep 2014


Selepas presiden PAS, timbalan mursyidul am parti itu Datuk Haron Din pula membangkitkan persoalan kelayakan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail sebagai calon menteri besar baru Selangor.



“Kalau dia (Azizah) cukup kelayakan, maka tentu (Majlis) Syura dari awal menyokongnya dengan tiada masalah,” kata orang nombor dua dalam Majlis Syura, badan tertinggi pembuat dasar dalam PAS selepas muktamar.



Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dalam video ucapannya dimuatkan di Youtube berkata, Azizah ditilak sebagai menteri besar kerana kebolehannya, seperti bagaimana beliau menjawab soalan di parlimen dan berdialog dengan lawan.



Dalam taklimat kepada sekumpulan penyokong PAS di Marang kelmarin, beliau tanpa menyebut nama Azizah juga berkata, Selangor memerlukan seorang yang kuat untuk menjaga negeri itu.



Bercakap kepada pemberita di Bangi semalam, seperti disiarkan KiniTV, Haron berkata, dalam Islam bukan persoalan gender menjadi halangan tetapi kemampuan seseorang itu memikul amanah.



Justeru, katanya, seorang pemimpin itu mesti mampu memikul amanah baik secara fizikal, pengalaman atau latar belakangnya.



Haron juga berkata, terdapat calon lain yang lebih layak daripada Azizah bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim, yang telah dipecat partinya PKR.



“Kerana itulah maka presiden sekarang ini, kita meletakkan pemilihan itu diserahkan kepada tuanku sultan, dia akan menentukan yang akhirnya,” kata Haron. Malaysiakini


Haron Din juga anggap Azizah tak layak adalah Entri ulangsiar dari sesawang indah. Credit dan Penghargaan kepada Indah iaitu penulis/pemilik asalnya. All due respect dan Trimas kerana menghargai laman Sesawang Belohog.

Share this

0 Comment to "Haron Din juga anggap Azizah tak layak"

Post a Comment