Tuesday, September 9, 2014

PKR juga mohon ampun dari Sultan

PKR juga mohon ampun dari Sultan adalah entri ulangsiar dari sesawang Indah. Belohog Kata Kunci Ayat Sebaris berkongsi informasi terkini, maklumat semasa dan coretan umum untuk blog reader di Malaysia. Semoga PKR juga mohon ampun dari Sultan sama ada tersurat atau tersirat dapat memberi nilai-nilai yang menjadikan kehidupan lebih baik dari sebelummnya. Sekiranya perlu, boleh kongsikan/sebarkan entri PKR juga mohon ampun dari Sultan ini di laman sosial. Wallahu'alam bissawab.


PKR juga mohon ampun dari Sultan



9 Sep 2014



Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon ampun seandainya tindakan mereka mematuhi undang-undang tubuh dan konvensyen Selangor mengguris perasaan sultan Selangor.



"Merujuk kepada kenyataan media istana Selangor yang ditandatangani oleh setiausaha sulit kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan semalam, pihak kami akan terus merafak sembah dan memohon keampunan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan seandainya keputusan kami mematuhi Undang-undang Tubuh Negeri Selangor dan amalan ('convention') sejak 1957 menyebabkan terguris perasaan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan," kata beliau.



Semalam, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah kecewa dengan tindakan PKR dan DAP yang mengingkari arahannya supaya mengemukakan lebih dua nama untuk dipertimbangkan sebagai calon menteri besar Selangor bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.



Pada masa sama, baginda tidak menolak kemungkinan mempertimbangkan nama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) lain daripada parti Pakatan Rakyat (PR) yang berkelayakan untuk dilantik memimpin negeri terkaya itu.



Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng semalam memohon ampun kepada sultan Selangor atas tindakan parti itu yang hanya mengemukakan nama presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai satu-satunya calon untuk jawatan menteri besar Selangor yang baru.



Sementara itu Anwar menegaskan PKR dan Pakatan Rakyat tetap berdiri tegak atas prinsip keluhuran perlembagaan serta menjunjung sistem raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen.



Ini berbeza dengan dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Sabtu lalu yang mengatakan PKR gagal memahami Undang-undang Tubuh Negeri Selangor apabila mempertikaikan kuasa Sultan dalam soal pelantikan menteri besar.



"Datuk Seri Najib telah bersama dengan pimpinan UMNO sejak 1983 dan 1993 tatkala menyokong pindaan perlembagaan bagi menjelaskan bidang kuasa Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Agong selaras dengan prinsip raja berperlembagaan.



"Kenyataan Datuk Seri Najib semalam adalah keterlaluan kerana menafikan pendirian PKR yang tuntas menjunjung kedaulatan undang-undang dan sistem raja berperlembagaan," katanya. Malaysiakini


PKR juga mohon ampun dari Sultan adalah Entri ulangsiar dari sesawang indah. Credit dan Penghargaan kepada Indah iaitu penulis/pemilik asalnya. All due respect dan Trimas kerana menghargai laman Sesawang Belohog.

Share this

0 Comment to "PKR juga mohon ampun dari Sultan"

Post a Comment