Sunday, September 14, 2014

Pesawat MAS ke Hyderabad berpatah balik

Pesawat MAS ke Hyderabad berpatah balik adalah entri ulangsiar dari sesawang Indah. Belohog Kata Kunci Ayat Sebaris berkongsi informasi terkini, maklumat semasa dan coretan umum untuk blog reader di Malaysia. Semoga Pesawat MAS ke Hyderabad berpatah balik sama ada tersurat atau tersirat dapat memberi nilai-nilai yang menjadikan kehidupan lebih baik dari sebelummnya. Sekiranya perlu, boleh kongsikan/sebarkan entri Pesawat MAS ke Hyderabad berpatah balik ini di laman sosial. Wallahu'alam bissawab.


Pesawat MAS ke Hyderabad berpatah balik




14/9/14





Oleh Siti A'isyah Sukaimi


Putrajaya: Pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH198 yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Hyderabad, India jam 10.20 malam tadi terpaksa berpatah semula berikutan masalah teknikal.





MAS dalam kenyataan dikeluarkan menerusi website berkata, pesawat berkenaan selamat melakukan pendaratan jam 2.01 pagi di KLIA.

Katanya, masalah teknikal berkenaan tidak memberi kesan kepada pesawat serta semua penumpang dan sebagai langkah keselamatan, kapten penerbangan membuat keputusan untuk berpatah balik.




"Selepas tiba di lokasi pendaratan, semua penumpang, kru kabin keluar dengan selamat dan mereka ditempatkan di hotel berhampiran.




"MH198 dijadualkan semula sebagai MH198D dan pesawat akan berlepas jam 12 tengah hari ini serta dijangka tiba di Hyderabad jam 1.35 petang (waktu tempatan) nanti," katanya.


Menerusi kenyataan itu juga, MAS kesal dengan insiden itu yang menyebabkan gangguan terhadap rancangan perjalanan penumpang.


Katanya, MAS menghargai kerjasama daripada orang awam untuk tidak membuat spekulasi bagi mengelakkan ketidakselesaan terhadap penumpang. myMetro


Pesawat MAS ke Hyderabad berpatah balik adalah Entri ulangsiar dari sesawang indah. Credit dan Penghargaan kepada Indah iaitu penulis/pemilik asalnya. All due respect dan Trimas kerana menghargai laman Sesawang Belohog.

Share this

0 Comment to "Pesawat MAS ke Hyderabad berpatah balik"

Post a Comment