Saturday, September 13, 2014

Menteri: Tak patut tuduh Azmi Sharom

Menteri: Tak patut tuduh Azmi Sharom adalah entri ulangsiar dari sesawang Indah. Belohog Kata Kunci Ayat Sebaris berkongsi informasi terkini, maklumat semasa dan coretan umum untuk blog reader di Malaysia. Semoga Menteri: Tak patut tuduh Azmi Sharom sama ada tersurat atau tersirat dapat memberi nilai-nilai yang menjadikan kehidupan lebih baik dari sebelummnya. Sekiranya perlu, boleh kongsikan/sebarkan entri Menteri: Tak patut tuduh Azmi Sharom ini di laman sosial. Wallahu'alam bissawab.


Menteri: Tak patut tuduh Azmi Sharom



13 Sep 2014


Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala menjadi menteri Kabinet pertama yang menyatakan pendirian menentang tuduhan ke atas pensyarah Universiti Malaya, Azmi Sharom mengikut Akta Hasutan.



Idris dalam tulisan di Twitter berkata, tuduhan ke atas Azmi itu tidak sepatutnya berlaku.



"Azmi Sharom tidak sepatutnya dituduh kerana hasutan. Kebebasan akademik diperlukan dalam mencari pengetahuan,” tulisnya.



Menteri yang mengetuai Program Transformasi Ekonomi itu menegaskan bahawa Malaysia perlu terus berada di jalan kesederhanaan.



"Kritikan membina dan pertentangan pendapat perlu diberi ruang, selagi ia tidak memberi kerosakan serius ke atas struktur sosial masyarakat kita,” katanya dalam satu lagi tulisan.



Idris merupakan menteri dalam kerajaan yang tidak menganggotai mana-mana parti politik.



Beliau dilantik dalam Kabinet Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 2009 untuk memimpin Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan.



Azmi pada 2 September lalu didakwa mengikut Akta Hasutan atas pandangannya berhubung krisis perlembagaan Perak, 2009, yang menyebabkan kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat tumbangwakil rakyatnya berpaling tadah.



Azmi menyertai senarai panjang ahli politik dan aktivis yang didakwa mengikut undang-undang itu. Malaysiakini


Menteri: Tak patut tuduh Azmi Sharom adalah Entri ulangsiar dari sesawang indah. Credit dan Penghargaan kepada Indah iaitu penulis/pemilik asalnya. All due respect dan Trimas kerana menghargai laman Sesawang Belohog.

Share this

0 Comment to "Menteri: Tak patut tuduh Azmi Sharom"

Post a Comment