Thursday, September 18, 2014

Hadi: PAS terus bersama Pakatan, tolak Umno

Hadi: PAS terus bersama Pakatan, tolak Umno adalah entri ulangsiar dari sesawang Indah. Belohog Kata Kunci Ayat Sebaris berkongsi informasi terkini, maklumat semasa dan coretan umum untuk blog reader di Malaysia. Semoga Hadi: PAS terus bersama Pakatan, tolak Umno sama ada tersurat atau tersirat dapat memberi nilai-nilai yang menjadikan kehidupan lebih baik dari sebelummnya. Sekiranya perlu, boleh kongsikan/sebarkan entri Hadi: PAS terus bersama Pakatan, tolak Umno ini di laman sosial. Wallahu'alam bissawab.


Hadi: PAS terus bersama Pakatan, tolak Umno



18 Sep 2014


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan PAS akan terus istiqamahmengadakan tahaaluf siyasi bersama Pakatan Rakyat selama mana tidak berlaku pelanggaran syarat yang telah digariskan.



Pada masa yang sama, beliau mahu rakan parti dalam Pakatan supaya tidak mengkhianati kerjasama yang terbentuk.



Beliau membaca sepotong ayat al-Quran yang menjelaskan syarat iaitu mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram.



"Sepanjang sejarah perjuangan PAS, kita tidak pernah khianat kepada rakan tahaaluf kita, maka kita minta rakan tahaaluf kita juga tidak mengkhianati tahaaluf ini.



"Sebagai sebuah parti politik besar, apa jua rancangan besar mestilah diputus bersama sebelum ianya dilaksanakan," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar bertajuk "Terus beistiqamah" pada Muktamar PAS di Batu Pahat.



Beliau turut mempertegaskan bahawa dakwaan bahawa PAS akan menyertai atau bergabung dengan Umno adalah "tohmahan" dan "api fitnah" yang dicetus oleh mereka yang mahu memecah dan merosakkan perjuangan Islam.



"Namun sebagai sebuah jamaah Islam yang membawa rahmat kepada semua, kita tetap berpegang kepada prinsip Islam dan terus beristiqamah untuk memelihara perpaduan ummah berasaskan tali Allah," katanya. Malaysiakini


Hadi: PAS terus bersama Pakatan, tolak Umno adalah Entri ulangsiar dari sesawang indah. Credit dan Penghargaan kepada Indah iaitu penulis/pemilik asalnya. All due respect dan Trimas kerana menghargai laman Sesawang Belohog.

Share this

0 Comment to "Hadi: PAS terus bersama Pakatan, tolak Umno"

Post a Comment