Thursday, August 28, 2014

Rafizi mengaku tak bersalah aibkan ahli Umno

Rafizi mengaku tak bersalah aibkan ahli Umno adalah entri ulangsiar dari sesawang Indah. Belohog Kata Kunci Ayat Sebaris berkongsi informasi terkini, maklumat semasa dan coretan umum untuk blog reader di Malaysia. Semoga Rafizi mengaku tak bersalah aibkan ahli Umno sama ada tersurat atau tersirat dapat memberi nilai-nilai yang menjadikan kehidupan lebih baik dari sebelummnya. Sekiranya perlu, boleh kongsikan/sebarkan entri Rafizi mengaku tak bersalah aibkan ahli Umno ini di laman sosial. Wallahu'alam bissawab.


Rafizi mengaku tak bersalah aibkan ahli Umno



28 Aug 2014





Naib Presiden PKR Rafizi Ramli hari ini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengeluarkan kenyataan mengaibkan dan mendatangkan kemarahan kepada ahli Umno.



Ahli Parlimen Pandan itu dituduh melakukan kesalahan tersebut melalui satu kenyataan pada Februari lalu yang mengaitkan parti tersebut dengan kejadian membaling molotov cocktail pada satu gereja.



Beliau didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan.



Sekiranya disabitkan kesalahan, Rafizi berdepan hukuman penjara dua tahun, denda RM4,000 atau kedua-duanya sekali.



Hakim Abu Bakar Manat membenarkan Rafizi dibebaskan dengan ikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin.



Beliau turut menetapkan tarikh 30 September depan bagi pendengaran semula kes tersebut.



Rafizi diwakili peguam Eric Paulsen, V Rajah dan N Surendran manakala pendakwaa dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Azari Harun.


Rafizi mengaku tak bersalah aibkan ahli Umno adalah Entri ulangsiar dari sesawang indah. Credit dan Penghargaan kepada Indah iaitu penulis/pemilik asalnya. All due respect dan Trimas kerana menghargai laman Sesawang Belohog.

Share this

0 Comment to "Rafizi mengaku tak bersalah aibkan ahli Umno"

Post a Comment