Sunday, August 17, 2014

PKR tetap kemuka satu nama

PKR tetap kemuka satu nama adalah entri ulangsiar dari sesawang Indah. Belohog Kata Kunci Ayat Sebaris berkongsi informasi terkini, maklumat semasa dan coretan umum untuk blog reader di Malaysia. Semoga PKR tetap kemuka satu nama sama ada tersurat atau tersirat dapat memberi nilai-nilai yang menjadikan kehidupan lebih baik dari sebelummnya. Sekiranya perlu, boleh kongsikan/sebarkan entri PKR tetap kemuka satu nama ini di laman sosial. Wallahu'alam bissawab.


PKR tetap kemuka satu nama


17 Aug 2014


PKR memutuskan untuk tetap menamakan presidennya Datuk Seri Wan Azizah Ismail sebagai calon pengganti Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim



Perkara itu diputuskan dalam mesyuaratnya hari ini, menurut seorang pemimpin parti itu yang enggan dinamakan.



Ia, menurut sumber itu lagi, akan dipanjangkan kepada mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat, selepas ini.



PKR bagaimanapun akan membenarkan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat untuk memutuskan berhubung pencalonan Azmin sebagai calon kedua yang diputuskan PAS hari ini.



Dalam mesyuarat jawatankuasa pusat yang dinantikan-nantikan pagi ini, PAS mencalonkan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali sebagai pengganti Khalid di samping Azizah.



Parti itu juga memutuskan empat exconya di Selangor akan tetap kekal dalam kabinet Khalid buat masa ini dan mereka tidak akan menuntut jawatan menteri besar Selangor daripada PKR.




Sementara itu, sumber juga mendakwa PKR mencadangkan nama Azizah dikemukakan kepada istana dan jika ditolak barulah nama Azmin dihantar.



Sebelum ini, Malaysiakini difahamkan bahawa pemimpin DAP tiada masalah sama ada Azizah atau Azmin dipilih sebagai menteri besar baru.Malaysiakini


PKR tetap kemuka satu nama adalah Entri ulangsiar dari sesawang indah. Credit dan Penghargaan kepada Indah iaitu penulis/pemilik asalnya. All due respect dan Trimas kerana menghargai laman Sesawang Belohog.

Share this

0 Comment to "PKR tetap kemuka satu nama"

Post a Comment