Thursday, August 21, 2014

MP PAS: Tak masuk akal bubar DUN sekarang

MP PAS: Tak masuk akal bubar DUN sekarang adalah entri ulangsiar dari sesawang Indah. Belohog Kata Kunci Ayat Sebaris berkongsi informasi terkini, maklumat semasa dan coretan umum untuk blog reader di Malaysia. Semoga MP PAS: Tak masuk akal bubar DUN sekarang sama ada tersurat atau tersirat dapat memberi nilai-nilai yang menjadikan kehidupan lebih baik dari sebelummnya. Sekiranya perlu, boleh kongsikan/sebarkan entri MP PAS: Tak masuk akal bubar DUN sekarang ini di laman sosial. Wallahu'alam bissawab.


MP PAS: Tak masuk akal bubar DUN sekarang



20 Aug 2014





MP Sepang, Hanipa Maidin menolak sebarang usaha untuk membubarkan DUN Selangor bagi membolehkan pilihan raya baru diadakan di negeri itu.



Katanya, cadangan seperti itu “sangat tidak masuk akal” memandangkan majoriti rakyat kini menyokong presiden PAS Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dilantik sebagai menteri besar baru.



Menurutnya, dalam senario sekarang, pihak istana Selangor tidak mempunyai pilihan selain merestui presiden PKR itu bagi menggantikan menteri besar sekarang, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.



"Jika benar laporan yang menyatakan Tan Sri Khalid berhasrat ingin berjumpa Sultan hatta berjumpa Sultan di luar negara bagi meminta dibubarkan DUN bagi saya tindakan itu tidak sah dan tidak bertanggungjawab.



"Malah, ia sesuatu yang sangat tidak masuk akal di sisi undang-undang dan sistem demokrasi berparlimen ala-Westminster yang diamalkan di negara ini," katanya dalam satu kenyataan.



Menurut Hanipa, keadaannya berbeza jika Khalid memohon izin menghadap daripada sultan untuk membubarkan DUN sebelum dua ADUN PAS membuat keputusan menyokong Wan Azizah.



2 ADUN mungkin dinobat wira



Jelas Hanipa, pada masa itu keadaan tidak menentu dan perkenan sultan untuk membubarkan DUN adalah sah di sisi undang-undang.



"Meskipun tidak digemari oleh orang orang PAS sendiri dan malahan ada yang melabelkan mereka sebagai pengkhianat, sedikit sebanyak (tindakan itu) membantu Pakatan keluar dari keadaan tidak menentu yang mewajarkan sultan untuk membubarkan DUN.



"Mungkin dua ADUN PAS itu (kanan) yang mungkin dihakimi sebagai pengkhianat parti pada masa ini tidak mustahil akan pula dinobatkan sebagai hero atau wira oleh generasi akan datang," katanya.



Spekulasi pembubaran DUN tersebar meluas apabila Khalid memohon untuk mengadap Sultan Selangor di Budapest.



Permohonan itu bagaimana pun tidak diperkenan oleh baginda.



Menurut Hanipa, satu-satunya pilihan yang ada buat sultan sekarang adalah melantik Wan Azizah sebagai menteri besar.



Berkongsi pendapat sama dengan Hanipa adalah pakar Perlembagaan, Dr Abdul Aziz Bari.



"Pembubaran tidak perlu kerana dalam dewan negeri sekarang sudah sedia wujud sebuah kerajaan.



"Maka, tak perlu bubar kerajaan untuk pilihan raya negeri," katanya kepada Malaysiakini semalam.


MP PAS: Tak masuk akal bubar DUN sekarang adalah Entri ulangsiar dari sesawang indah. Credit dan Penghargaan kepada Indah iaitu penulis/pemilik asalnya. All due respect dan Trimas kerana menghargai laman Sesawang Belohog.

Share this

0 Comment to "MP PAS: Tak masuk akal bubar DUN sekarang"

Post a Comment