Wednesday, August 6, 2014

MP: PAS sukar jika p'raya baru di S'gor

MP: PAS sukar jika p'raya baru di S'gor adalah entri ulangsiar dari sesawang Indah. Belohog Kata Kunci Ayat Sebaris berkongsi informasi terkini, maklumat semasa dan coretan umum untuk blog reader di Malaysia. Semoga MP: PAS sukar jika p'raya baru di S'gor sama ada tersurat atau tersirat dapat memberi nilai-nilai yang menjadikan kehidupan lebih baik dari sebelummnya. Sekiranya perlu, boleh kongsikan/sebarkan entri MP: PAS sukar jika p'raya baru di S'gor ini di laman sosial. Wallahu'alam bissawab.


MP: PAS sukar jika p'raya baru di S'gor



5 Aug 2014







MP Shah Alam, Khalid Samad menjangkakan PAS Selangor akan berada dalam "keadaan sukar" sekiranya pilihan raya negeri terpaksa diadakan untuk menyelesaikan kemelut menteri besar Selangor.



Beliau menjangkakan demikian kerana PAS dilihat menyokong agar Tan Sri Khalid Ibrahim kekal sebagai menteri besar – satu pendirian yang turut dikongsi Umno.



"Bacaan saya memang sukar khususnya bagi PAS kerana pada masa itu kita akan dilihat bersama Tan Sri Khalid dan Umno.



"Pada masa itu, memang susah buat PAS," katanya.



Seorang MP DAP pada akhir bulan lalu meramalkan bahawa PAS mungkin akan hanya berjaya menguasai tiga hingga lapan kerusi DUN, berbanding 15 yang dimenangi dalam pilihan raya umum ke-13.



Ia berdasarkan kiraan bahawa PAS kehilangan antara 15 hingga 25 peratus sokongan bukan Melayu, kata Tony Pua.



Malah, dalam keadaan paling baik sekalipun, PAS mungkin kehilangan tujuh daripada 15 kerusi – jika ia berjaya mengekalkan sokongan pengundi Melayu dan juga jika sokongan bukan Melayu hanya berkurangan sebanya 15 peratus.



Katanya, beliau antara lainnya menjangkakan PAS hilang sokongan di Taman Templer, Hulu Kelang, Lembah Jaya, Seri Serdang dan Paya Jaras.



Dalam perkembangan lain, Khalid Samad menjelaskan beliau masih menunggu maklum balas dari pihak istana berhubung permohonannya untuk menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.



"Saya belum terima jawapan rasmi dari istana.



"Dan saya menunggu dengan harapan akhirnya ia (permohonan menghadap) diterima dan Tuanku berkenan untuk menerima saya menghadap," katanya.



Khalid sebelum ini memohon untuk menghadap Sultan Selangor bagi menjelaskan kenyataannya tentang gesaan mengurangkan kuasa Majlis Agama Islam Selangor (Mais) bagi menjaga nama baik Tuanku daripada kritikan orang ramai.



Kenyataan tersebut dilaporkan menyinggung perasaan Sultan Selangor memandangkan Mais adalah satu daripada institusi negeri yang dinaungi baginda. Malaysiakini


MP: PAS sukar jika p'raya baru di S'gor adalah Entri ulangsiar dari sesawang indah. Credit dan Penghargaan kepada Indah iaitu penulis/pemilik asalnya. All due respect dan Trimas kerana menghargai laman Sesawang Belohog.

Share this

0 Comment to "MP: PAS sukar jika p'raya baru di S'gor"

Post a Comment