Wednesday, August 20, 2014

MCA berang Kelantan larang lelaki tonton bola jaring

MCA berang Kelantan larang lelaki tonton bola jaring adalah entri ulangsiar dari sesawang Indah. Belohog Kata Kunci Ayat Sebaris berkongsi informasi terkini, maklumat semasa dan coretan umum untuk blog reader di Malaysia. Semoga MCA berang Kelantan larang lelaki tonton bola jaring sama ada tersurat atau tersirat dapat memberi nilai-nilai yang menjadikan kehidupan lebih baik dari sebelummnya. Sekiranya perlu, boleh kongsikan/sebarkan entri MCA berang Kelantan larang lelaki tonton bola jaring ini di laman sosial. Wallahu'alam bissawab.


MCA berang Kelantan larang lelaki tonton bola jaring



19 Aug 2014


MCA mengutuk larangan lelaki menonton perlawanan bola jaring di Kelantan, seperti dilaporkan media, dan menyatakan ia sebagai "langkah terkebelakang."



Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Strategik dan Penyelidikan MCA Datuk Lua Choon Hann berkata pengharaman itu tidak bijak dan boleh memusnahkan sukan itu.



"Tujuan menaikkan semula bola jaring di Kelantan ialah untuk mempopularkannya dan meningkatkan kefahaman dan tontonan awam. Tetapi kerajaan Kelantan, sebagai penganjur bersama mengambil langkah terkebelakang dengan mengharamkan penonton lelaki.



"Pengharaman ini pastinya memberi kesan kepada jumlah penonton dan mengekang popularitinya. Lebih teruk, ia bakal menjadikan Malaysia bahan ketawa," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.



New Straits Times Online melaporkan, Kelantan bakal mengadakan kejohanan bola jaring hanya untuk penonton wanita di semua 14 kawasan Parlimennya bulan hadapan.



Exco Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Kelantan Dr Ramli Mamat dilaporkan berkata kejohanan itu bakal dilangsungkan dalam gelanggang tertutup.



Harian itu juga melaporkan Ramli sebagai berkata peserta kejohanan yang bakal berlangsung dari 6 September hingga 25 Oktober dikehendaki memakai pakaian longgar sepanjang pertandingan.



Sementara itu, Lua berkata, walaupun memahami niat PAS untuk memperkasakan jenama "bandar Islam", kerajaan negeri perlu mengambil kira perasaan bukan Muslim, sifat sukan itu dan sama ada arahan itu akan menyebabkan kerosakan yang tidak dapat diperbaiki.



"Kelantan bawah pemerintahan PAS mengalami semakin banyak halangan kepada individu, terutamanya bukan Muslim seperti pengharaman alkohol, judi dan premis hiburan berlesen, pemisahan penonton lelaki dan wanita di panggung wayang dan beberapa perkara lagi," kata beliau.



Beliau turut mengutuk DAP yang disifatkan sebagai tidak berani menentang PAS dalam sebarang isu termasuk pelaksanaan hudud dan terlalu sibuk dengan mengejar kuasa di Selangor.Malaysiakini


MCA berang Kelantan larang lelaki tonton bola jaring adalah Entri ulangsiar dari sesawang indah. Credit dan Penghargaan kepada Indah iaitu penulis/pemilik asalnya. All due respect dan Trimas kerana menghargai laman Sesawang Belohog.

Share this

0 Comment to "MCA berang Kelantan larang lelaki tonton bola jaring"

Post a Comment