Monday, August 18, 2014

MB menghadap sultan di Budapest?

MB menghadap sultan di Budapest? adalah entri ulangsiar dari sesawang Indah. Belohog Kata Kunci Ayat Sebaris berkongsi informasi terkini, maklumat semasa dan coretan umum untuk blog reader di Malaysia. Semoga MB menghadap sultan di Budapest? sama ada tersurat atau tersirat dapat memberi nilai-nilai yang menjadikan kehidupan lebih baik dari sebelummnya. Sekiranya perlu, boleh kongsikan/sebarkan entri MB menghadap sultan di Budapest? ini di laman sosial. Wallahu'alam bissawab.


MB menghadap sultan di Budapest?



18 Aug 2014


Spekulasi bertiup kencang bahawa Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mungkin akan terbang ke Budapest, Hungary untuk menghadap Sultan Sharafuddin Idris Shah selepas hilang sokongan majoriti dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).



SMS mendakwa perkara itu kini beredar di kalangan wakil rakyat Pakatan Rakyat.



SMS itu juga mendakwa Khalid mahu mendapat perkenan sultan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri



“Dapat maklumat tengah malam tadi, Khalid Ibrahim akan yakinkan DYMM Sultan untuk bubarkan DUN... kemungkinan Khalid akan ke Budapest jumpa DYMM...,” menurut mesej yang dilihat Malaysiakini itu.



Spekulasi itu menjadi-jadi selepas Khalid secara tiba-tiba membatalkan perjumpaan bulannnya dengan penjawat awam pagi ini.



Pertemuan itu dijadual berlangsung pada jam 8 pagi dan media hanya dimaklumkan pembatalannya pada 7.44 pagi melalui e-mel.



Setiausaha akhbar kepada menteri besar, Arfa'eza Abdul Aziz bagaimanapun menafikan spekulasi itu.



“Budapest? Saya sedang lihat bos saya sekarang,” katanya kepada Malaysiakini selepas ditanya berhubung dakwaan itu.



Katanya, Khalid akan terus berkhidmat sebagai menteri besar sehingga sultan berangkat pulang daripada luar negara pada 27 Ogos. Malaysiakini


MB menghadap sultan di Budapest? adalah Entri ulangsiar dari sesawang indah. Credit dan Penghargaan kepada Indah iaitu penulis/pemilik asalnya. All due respect dan Trimas kerana menghargai laman Sesawang Belohog.

Share this

0 Comment to "MB menghadap sultan di Budapest?"

Post a Comment