Sunday, August 24, 2014

KJ tak setuju paksa penjawat awam sokong BN

KJ tak setuju paksa penjawat awam sokong BN adalah entri ulangsiar dari sesawang Indah. Belohog Kata Kunci Ayat Sebaris berkongsi informasi terkini, maklumat semasa dan coretan umum untuk blog reader di Malaysia. Semoga KJ tak setuju paksa penjawat awam sokong BN sama ada tersurat atau tersirat dapat memberi nilai-nilai yang menjadikan kehidupan lebih baik dari sebelummnya. Sekiranya perlu, boleh kongsikan/sebarkan entri KJ tak setuju paksa penjawat awam sokong BN ini di laman sosial. Wallahu'alam bissawab.


KJ tak setuju paksa penjawat awam sokong BN



24 Aug 2014


Tidak adil membekukan laluan kerjaya penjawat awam yang tidak menyokong “parti kita”, kata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.



Menteri belia dan sukan itu juga berkata, prinsip berkecuali penjawat awam mesti dihormati kerana tugas mereka berbeza dengan pegangan politik yang dipercayai.



“Saya tidak paksa sesiapa sokong parti saya. Sudah pasti saya mahu mereka sokong parti saya, tetapi lebih baik mereka sokong secara sukarela.



“Apa guna kita paksa mereka bersorak dan mengangkat banner (kain rentang) sokongan kalau itu cuma satu lakonan?” katanya.



Beliau menulis demikian dalam Facebook bagi menjelaskan sebuah laporan yang menurutnya boleh menyebabkan pihak tertentu mengambil kesempatan menuduhnya mempromosi musuh musuh dalam selimut.



Laporan Astro Awani itu memetiknya sebagai berkata, beliau tiada masalah mengambil penyokong Pakatan Rakyat bekerja dengannya jika terbukti individu itu berkebolehan tinggi.



Bagaimanapun, katanya pada Sidang Kemuncak Pemimpin Pelajar Malaysia (MSLS) kelapan di Kuala Lumpur, satu-satunya perkara dirisaukan berkaitan isu maklumat sulit.



Dinilai melalui teladan



Sementara itu, Khairy di Facebook turut menjelaskan, hubungan mesra dengan profesional yang memberi kerjasama baik dan menyokong dasar kerajaan semasa serta tidak membawa unsur politik dalam tugasan perlu dikekalkan.



“Mungkin ada yang berfikiran konservatif yang tidak boleh terima pandangan saya ini. Bagi mereka, apa yang penting adalah kesetiaan total.



“Saya rasa pandangan sedemikian agak kuno pada zaman sekarang,” katanya.



Menurut Khairy lagi, tindakan hanya boleh diambil terhadap pembocor maklumat kerajaan dan membawa pegangan politik ke pejabat.



“Tetapi bagi mereka yang profesional dan hanya mahu buat kerja berkhidmat untuk negara, janganlah kita ada sangkaan yang buruk pada mereka atau cepat label mereka,” katanya.



Beliau juga menjelaskan “hanya melalui teladan kita sebagai pemimpin akan orang menilai kita”.Malaysiakini


KJ tak setuju paksa penjawat awam sokong BN adalah Entri ulangsiar dari sesawang indah. Credit dan Penghargaan kepada Indah iaitu penulis/pemilik asalnya. All due respect dan Trimas kerana menghargai laman Sesawang Belohog.

Share this

0 Comment to "KJ tak setuju paksa penjawat awam sokong BN"

Post a Comment