Wednesday, July 23, 2014

'Sultan tak boleh tolak calon parti majoriti'

'Sultan tak boleh tolak calon parti majoriti' adalah entri ulangsiar dari sesawang Indah. Belohog Kata Kunci Ayat Sebaris berkongsi informasi terkini, maklumat semasa dan coretan umum untuk blog reader di Malaysia. Semoga 'Sultan tak boleh tolak calon parti majoriti' sama ada tersurat atau tersirat dapat memberi nilai-nilai yang menjadikan kehidupan lebih baik dari sebelummnya. Sekiranya perlu, boleh kongsikan/sebarkan entri 'Sultan tak boleh tolak calon parti majoriti' ini di laman sosial. Wallahu'alam bissawab.


'Sultan tak boleh tolak calon parti majoriti'



23 Jul 2014





Sultan Selangor tidak berkuasa menolak apabila calon menteri besar yang dipilih parti majoriti kata pakar perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari hari ini.



Menurut Aziz perkara sama berlaku di Sarawak apabila ketua menterinya Pehin Seri Abdul Taib Mahmud digantikan Tan Sri Adenan Satem dan apabila Datuk Seri Najib Razak menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai perdana menteri.



"Peranan istana dalam perkara ini bersifat istiadat dan formal. Seseorang harus memahami makna 'budi bicara' yang digunakan perlembagaan negeri, merujuk kepada keadaan di mana tiada pilihan jelas antara calon yang diberikan," kata Aziz mengulas krisis pentadbiran Selangor dan kedudukan Khalid sebagai menteri besar.



Aziz, bekas pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa dan kini dengan Universiti Selangor memberi komen keputusan PKR malam Isnin lalu di mana PKR mencalonkan presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan mengambil alih tugas menteri besar.



Hari ini, pencalonan Wan Azizah dilaporkan telah dibentangkan kepada majlis presiden Pakatan Rakyat dan perkara itu akan dibawa untuk perbincangan PAS dan DAP Malaysiakini


'Sultan tak boleh tolak calon parti majoriti' adalah Entri ulangsiar dari sesawang indah. Credit dan Penghargaan kepada Indah iaitu penulis/pemilik asalnya. All due respect dan Trimas kerana menghargai laman Sesawang Belohog.

Share this

0 Comment to "'Sultan tak boleh tolak calon parti majoriti'"

Post a Comment