Thursday, July 24, 2014

Pemuda PAS S'gor pertahan Khalid kekal MB

Pemuda PAS S'gor pertahan Khalid kekal MB adalah entri ulangsiar dari sesawang Indah. Belohog Kata Kunci Ayat Sebaris berkongsi informasi terkini, maklumat semasa dan coretan umum untuk blog reader di Malaysia. Semoga Pemuda PAS S'gor pertahan Khalid kekal MB sama ada tersurat atau tersirat dapat memberi nilai-nilai yang menjadikan kehidupan lebih baik dari sebelummnya. Sekiranya perlu, boleh kongsikan/sebarkan entri Pemuda PAS S'gor pertahan Khalid kekal MB ini di laman sosial. Wallahu'alam bissawab.


Pemuda PAS S'gor pertahan Khalid kekal MB



24 Jul 2014





Pemuda PAS Selangor mempertahankan Tan Sri Khalid Ibrahim kekal sebagai menteri besar dengan mengingatkan sebarang usaha mengganti dan melantik menteri besar baru mesti mematuhi Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri.



Ketua Pemudanya Syarhan Humaizi Abdul Halim berkata Pakatan Rakyat tidak boleh sesekali menafikan kecemerlangan beliau mentadbir negeri itu hingga ke tahap lebih baik termasuk mempertahankan Selangor pada pilihan raya umum lalu.



“Tindakan menukar menteri besar juga perlu diperhalusi dengan cermat melalui persefahaman bersama Pakatan rakyat serta mengambil kira sentimen setiap pihak yang berkait dengan proses Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri termasuk pihak Istana.



“Menjustifikasikan tindakan beralasan memperkukuhkan kestabilan PKR semata-mata bukanlah alasan yang terbaik dalam memperjudikan kepercayaan rakyat yang terbina selama ini kepada Pakatan di Selangor khususnya dan di Malaysia amnya,” katanya.



Tanpa menamakan individu yang dimaksudkan, Syarhan mengingatkan pihak yang bersungguh dalam "gerakan" menukar menteri besar supaya tidak gopoh kerana "ingin meraih untung secupak tetapi rugi segantang".



"Amanah yang terhampar untuk kita fokus dalam memberi khidmat terbaik kepada rakyat jangan dipersiakan, ayuh kita usahakan agar Pakatan Rakyat sentiasa terkehadapan dalam menunaikan tanggung jawab ini," katanya.



Sementara itu, Pemuda PAS Selangor juga menyokong kenyataan Pesuruhjayanya Iskandar Samad yang mahu Khalid kekal jawatannya.



Syarhan berkata ini kerana parti Islam itu lebih menitikberatkan kestabilan pentadbiran dan lebih fokus membela nasib rakyat.



Beliau menegaskan semua keputusan tersebut diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Harian Pemuda PAS negeri itu semalam. Malaysiakini


Pemuda PAS S'gor pertahan Khalid kekal MB adalah Entri ulangsiar dari sesawang indah. Credit dan Penghargaan kepada Indah iaitu penulis/pemilik asalnya. All due respect dan Trimas kerana menghargai laman Sesawang Belohog.

Share this

Rain Above Love Under Luna. Where there is love there is life and yes im in love with you.

0 Comment to "Pemuda PAS S'gor pertahan Khalid kekal MB"

Post a Comment