Thursday, July 17, 2014

RADIO ERA DI KECAM SEBAB JEMPUT KIKI KE KONTI

RADIO ERA DI KECAM SEBAB JEMPUT KIKI KE KONTI adalah entri ulangsiar dari sesawang Lekat Lekit. Belohog Kata Kunci Ayat Sebaris berkongsi informasi terkini, maklumat semasa dan coretan umum untuk blog reader di Malaysia. Semoga RADIO ERA DI KECAM SEBAB JEMPUT KIKI KE KONTI sama ada tersurat atau tersirat dapat memberi nilai-nilai yang menjadikan kehidupan lebih baik dari sebelummnya. Sekiranya perlu, boleh kongsikan/sebarkan entri RADIO ERA DI KECAM SEBAB JEMPUT KIKI KE KONTI ini di laman sosial. Wallahu'alam bissawab.


RADIO ERA DI KECAM SEBAB JEMPUT KIKI KE KONTI


Ok.. firstly aku nak bagi tau entri ni bukan nak mengumpat si Kiki yang sedang popular mengalahkan Aaron Aziz sebab video Viral dia memaki warga emas yang terlanggar kereta dia tu. Tak... aku tak rasa nak kutuk dia pun tapi aku nak kritik mereka2 yang mengangkat seorang pesalah & seorang yang menunjuk contoh akhlak tak baik sebagai bintang semata mata kerana rating.






Hari ni kat news feed FB aku memang kecoh Radio Era.. Radio Hit.fm & astro yang menjemput si kiki untuk di wawancara berkenaan isu dia memaki hamun uncle sim & mencederakan kereta uncle sim dengan stereng lock sebab terlanggar kereta mahal dia. Aku masuk jugak Fb fanpage radio era.. Mak Aaih.. majoriti memang mengutuk, mengecam & mengkritik.. (Dan ramai jugak memaki hamun) tindakkan era yang seolah2 mengangkat seorang pesalah sebagai bintang.






Aku pun tak setuju dengan tindakkan media, stesen Tv & radio sekarang ni... Benda2 yang bukan2 je nak highlight asal benda tu popular sudah. Kesannya.. benda ni jadi contoh pada orang lain yang kemaruk nak popular macam retis. Bila depa tengok even kiki tunjuk moral tak baik dalam video viral yang di sebarkan boleh jadi popular & macam di iktiraf stesen tv & radio.. tak mustahil benda ni akan jadi ikutan. Please la... Jangan kutip sampah untuk penuhkan slot rancangan Tv @ radio korang. Kalau ye pun nak rating tinggi biarlah yang berkualiti & manafaat sikit. Tapi aku pelik kenapa kiki tidak Uncle Sim sedangkan Uncle Sim lebih menunjukkan sifat yang baik. Bukan je dia tak berkasar dengan Kiki masa kejadian malah dia memaafkan kiki tanpa syarat pun. Sepatut hero yang perlu di highlight bukan pesalah. Ini bukan soal bangsa atau agama tapi soal sikap yang harus kita contoh.





Selebihnya kalau korang nak baca komen2 mengkritik era ni boleh baca kat Era.FM



Jadi Moral of the story senang jer... Berhenti dari mempopularkan orang bodoh @ buruk perangai. Jangan kemaruk sangat nak rating tinggi sampai sanggup di keji.



P/S : Bila aku menegur tak bermakna aku baik & perfect.. Bila aku bagi pendapat tak bermakna aku sentiasa betul. Aku cuma manusia.. yang melihat. Apa yang baik terimalah sebagai pengajaran.. kalau aku tersilap tegurlah seperti seorang insan.

RADIO ERA DI KECAM SEBAB JEMPUT KIKI KE KONTI adalah Entri ulangsiar dari sesawang Lekat Lekit. Credit dan Penghargaan kepada Melekit iaitu penulis/pemilik asalnya. All due respect dan Trimas kerana menghargai laman Sesawang Belohog.

Share this

0 Comment to "RADIO ERA DI KECAM SEBAB JEMPUT KIKI KE KONTI"

Post a Comment