Tuesday, July 15, 2014

MEMANG DASAR DARAH ORANG PERAK

MEMANG DASAR DARAH ORANG PERAK adalah entri ulangsiar dari sesawang Lekat Lekit. Belohog Kata Kunci Ayat Sebaris berkongsi informasi terkini, maklumat semasa dan coretan umum untuk blog reader di Malaysia. Semoga MEMANG DASAR DARAH ORANG PERAK sama ada tersurat atau tersirat dapat memberi nilai-nilai yang menjadikan kehidupan lebih baik dari sebelummnya. Sekiranya perlu, boleh kongsikan/sebarkan entri MEMANG DASAR DARAH ORANG PERAK ini di laman sosial. Wallahu'alam bissawab.


MEMANG DASAR DARAH ORANG PERAK


Tu dia aih.. entri bulan puasa macam nak ajak bertumbuk je dengan orang perak kan? Segar bijik mata orang perak baca tajuk entri ni kan?? Meluap luap darah dah boleh buat air sirap gitu. Mula la orang perak pasang niat nak kecam lekat lekit sepenuh hati. Berani dia cakap camtu yer..



Sabaq noh... ate teman bukannya nak mengeji kome semua orang perak. Teman nak ceghite jer. Alkisah pasal dapat request masak gulai tempoyak. First time ni dapat request camtu.. maka first time jugak la masak. Almaklum la cheq orang kedah.. mana familiar sangat masak tempoyak ni.



Yang jadi kepelikkan aku ni.. asben aku yang request. Masakan agak eksotik camtu memang jarang dapat request dari asben aku. Tapi sejak 4 tahun kawen ni la kali pertama dia request masak tempoyak. Yelah... kalau dah darah orang perak tu.. tetiba dia datang selera perak jugak sekali sekala kan. Even laki den ni lahir je kat perak tapi tak pernah membesar @ tinggal kat perak tetap la mak bapak mertua den orang perak. Sorang perak taiping (FIL), sorang lagi orang Batu Gajah (MIL) tapi depa ni bermastautin di KL. Mak mertua den tinggal kat KL katanya sejak umur 13 tahun, Ayah mertua den tak sure sejak umur berapa.




Gulai tempoyak aku masak semalam lebih kurang camni tapi cuma guna ikan tongsan. Yang ni gambar pinjam orang punya. Aku tak ingat pun nak snap gambar sendiri. hahahahaha (gambar ni aku pinjam kat SINI )



Maka bagi menunjukkan skill chef yang terpendam terhasil lah ikan tongsan masak tempoyak dengan bergurukan google. Tak ingat pulak refer blog sapa.. Azie kitchen ke sapa ntah lupa dah. Apapun not bad rasanya... air tangan surirumah la katakan.. tetap sedap gitu. hahahahaha



Biasa la ka bulan ramadan ni la bulan paling mengasah bakat memasak. Alhamdulillah.. tahun ni puasa masih belum jejak bazar ramadan & dapur sentiasa berapi (nak cakap berasap dapur gas mana ada asap ye dak??).



Moral of the story... aku just nak canang yang aku berjaya masak tempoyak ikan tongsan jer. hahahahaha. Yelah.. kang dok buat entri kupas kupis isu2 semasa & isu2 yang berlaku kat laman sosial ada pulak yang dok buat aktiviti menambah pahala kat aku di bulan ramadan ni.. Jadi bagi mengurangkan sedekah pahala tu maka terhasilah entri ni. Erkk aku pun selalu sedekah pahala kat orang jugak, aku mengaku. Kau ado nak ngaku??? kekekeke



MEMANG DASAR DARAH ORANG PERAK adalah Entri ulangsiar dari sesawang Lekat Lekit. Credit dan Penghargaan kepada Melekit iaitu penulis/pemilik asalnya. All due respect dan Trimas kerana menghargai laman Sesawang Belohog.

Share this

0 Comment to "MEMANG DASAR DARAH ORANG PERAK"

Post a Comment