Tuesday, July 8, 2014

Mahathir: JB akan jadi macam Singapura?

Mahathir: JB akan jadi macam Singapura? adalah entri ulangsiar dari sesawang Indah. Belohog Kata Kunci Ayat Sebaris berkongsi informasi terkini, maklumat semasa dan coretan umum untuk blog reader di Malaysia. Semoga Mahathir: JB akan jadi macam Singapura? sama ada tersurat atau tersirat dapat memberi nilai-nilai yang menjadikan kehidupan lebih baik dari sebelummnya. Sekiranya perlu, boleh kongsikan/sebarkan entri Mahathir: JB akan jadi macam Singapura? ini di laman sosial. Wallahu'alam bissawab.


Mahathir: JB akan jadi macam Singapura?



8 Jul 2014


Tun Dr Mahathir Mohamad menyindir pembangunan pesat Johor Bahru yang bakal menukar wajah kota itu secara radikal sehingga lebih mengagumkan berbanding New York di Amerika Syarikat.



Bekas perdana menteri itu membangkitkan persoalan berhubung kemodenan Johor, dengan berpuluh bangunan pencakar langit dan pangsapuri mewah dibina, akan dihuni oleh siapa.



“Mungkinkah yang akan isi pejabat mewah ini syarikat dari Majidee atau Gelang Patah? Dan Penduduk terdiri dari orang Melayu Johor Bahru dan kampung-kampung di sekitar. Dikhuatiri bukan,” kata Mahathir.



Beliau mengingatkan tentang penjualan Singapura oleh British oleh temenggung Johor pada tahun 1819 dengan harta 60,000 dolar Sepanyol yang kemudian menyebabkan penduduk asal tenggelam dalam bandar besar yang didirikan.



Menulis dalam blognya hari ini, Mahathir berkata, besarnya pendatang asing di negara itu kemudian menjadikannya negara asing yang tidak dikembalikan kepada Johor walaupun selepas dibebaskan British.



Justeru, Mahathir membangkitkan persoalan sama ada Johor Bahru akan menjadi satu lagi Singapura yang majoritinya penduduknya terdiri daripada “warga baru”.



“Dalam sistem Malaysia sesiapa yang tinggal di negara ini selama 10 tahun dari 12 tahun yang lepas berhak mendapat kerakyatan.



“Dan kita tak pandai tolak permintaan orang. Lihat sahaja apa yang sedang berlaku sekarang,” katanya.



Beliau tidak menghuraikan dengan jelas “warga baru” itu tetapi secara sinis berkata “sekarang kita tidak boleh sebut Melayu” kerana ia dianggap rasis.



“Saya mengalu-alukan transformasi di Johor Bahru seperti saya alu-alukan transformasi di lain-lain tempat.



“Yang penting ialah Malaysia menjadi negara maju walaupun ayam dikepok mati kelaparan dan itik di air mati kehausan,” sindirnya sambil memetik peribahasa yang bermaksud menjadi miskin di negara yang makmur.Malaysiakini


Mahathir: JB akan jadi macam Singapura? adalah Entri ulangsiar dari sesawang indah. Credit dan Penghargaan kepada Indah iaitu penulis/pemilik asalnya. All due respect dan Trimas kerana menghargai laman Sesawang Belohog.

Share this

Rain Above Love Under Luna. Where there is love there is life and yes im in love with you.

0 Comment to "Mahathir: JB akan jadi macam Singapura?"

Post a Comment