Saturday, June 28, 2014

Rafizi cabar Muhyiddin dedah kontrak UiTM

Rafizi cabar Muhyiddin dedah kontrak UiTM adalah entri ulangsiar dari sesawang Indah. Belohog Kata Kunci Ayat Sebaris berkongsi informasi terkini, maklumat semasa dan coretan umum untuk blog reader di Malaysia. Semoga Rafizi cabar Muhyiddin dedah kontrak UiTM sama ada tersurat atau tersirat dapat memberi nilai-nilai yang menjadikan kehidupan lebih baik dari sebelummnya. Sekiranya perlu, boleh kongsikan/sebarkan entri Rafizi cabar Muhyiddin dedah kontrak UiTM ini di laman sosial. Wallahu'alam bissawab.


Rafizi cabar Muhyiddin dedah kontrak UiTM



27 Jun 2014



Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli mencabar Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya mendedahkan perjanjian konsesi penswastaan enam kampus baru Universiti Teknologi Mara (UiTM).



Beliau berkata demikian sewaktu mengulas kenyataan Muhyiddin semalam yang mengatakannya tidak faham konsep inisiatif pembiayaan swasta (PFI) dalam pembinaan kampus baru UiTM itu.



“Apabila perjanjian konsesi itu dapat diteliti oleh umum, barulah saya dan rakyat boleh memastikan bahawa tidak ada unsur keuntungan berlipat kali ganda yang diberikan kepada pemegang konsesi seperti yang berlaku dalam perjanjian-perjanjian konsesi lepas yang melibatkan penswastaan air dan lebuh raya.



“Jika Tan Sri Muhyiddin tidak bersedia untuk mendedahkan perjanjian konsesi itu, sampai bila-bila saya dan rakyat tidak akan faham akan sebab kerajaan Persekutuan mengikat perjanjian yang kosnya nanti akan membebankan UiTM.



"Sedangkan, ia lebih murah untuk membina sendiri kampus-kampus itu,” kata MP Pandan itu dalam kenyataan.



Menurutnya, Muhyiddin juga tidak faham akan intipati pendedahan yang dibuatnya berkenaan pembinaan kampus-kampus tersebut.



Muhyiddin semalam berkata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar akan menerangkan kaedah PFI yang digunakan dalam projek itu.



Menurut Muhyiddin, penerangan itu nanti sekaligus akan menepis dakwaan-dakwaan yang dibuat Rafizi.



Tegas Rafizi, beliau bukan menentang bulat-bulat kaedah PFI untuk membiayai projek kerajaan jika ia dibuat secara telus dan menguntungkan rakyat.



"Saya mempertikaikan perkara-perkara berikut - pertama, sebab penswastaan ini dibuat tanpa tender terbuka dan secara rundingan terus.



"Keenam-enam kampus UiTM diswastakan kepada syarikat milik pimpinan Umno yang kemudiannya melantik subkontraktor untuk mengendalikan projek.



"Kedua, kenapa sewa dan bayaran tahunan yang terpaksa ditanggung oleh UiTM ini adalah sehingga lima kali ganda lebih mahal daripada kos membina sendiri UiTM ini?



"Ketiga, berapakah margin keuntungan yang diberikan kepada syarikat pemegang konsesi?" tanya Rafizi.



Rafizi sebelum ini mendakwa 23 orang pemimpin Umno mendapat keuntungan berlipat ganda menerusi konsesi penswastaan enam kampus UiTM yang dibuat secara rundingan terus. Malaysiakini


Rafizi cabar Muhyiddin dedah kontrak UiTM adalah Entri ulangsiar dari sesawang indah. Credit dan Penghargaan kepada Indah iaitu penulis/pemilik asalnya. All due respect dan Trimas kerana menghargai laman Sesawang Belohog.

Share this

0 Comment to "Rafizi cabar Muhyiddin dedah kontrak UiTM"

Post a Comment