Friday, September 12, 2014

Suspek kes bocor kertas UPSR dikenalpasti

Suspek kes bocor kertas UPSR dikenalpasti adalah entri ulangsiar dari sesawang Indah. Belohog Kata Kunci Ayat Sebaris berkongsi informasi terkini, maklumat semasa dan coretan umum untuk blog reader di Malaysia. Semoga Suspek kes bocor kertas UPSR dikenalpasti sama ada tersurat atau tersirat dapat memberi nilai-nilai yang menjadikan kehidupan lebih baik dari sebelummnya. Sekiranya perlu, boleh kongsikan/sebarkan entri Suspek kes bocor kertas UPSR dikenalpasti ini di laman sosial. Wallahu'alam bissawab.


Suspek kes bocor kertas UPSR dikenalpasti



12 Sep 2014





Kementerian Pendidikan mengenalpasati beberapa individu yang disyaki bertanggungjawab ke atas kebocoran kertas ujian Science dan Bahasa Inggeris bagi peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).



Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh berkata pasukannya mengenalpasti individu tersebut, namun enggan mendedahkan lokasi yang menjadi tumpuan siasatan kerana bimbang akan menjejaskan tindakannya.



Katanya, kementerian itu kini bekerjasama dengan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM.



“Kami diberitahu bahawa mereka sudah mengenalpasti beberapa individu yang mungkin bertanggungjawab,” katanya dalam satu sidang media pagi ini.



Idris berkata beliau percaya individu yang bertanggungjawab akan ditahan tidak lama lagi.



"Kami akan temui pengkhianat itu, dan saya percaya hukuman maksimum akan dikenakan ke atas pihak bertanggungjawab,” katanya.



Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan dengan jelas hukuman maksimum yang akan dikenakan kerana ia bergantung pada bentuk kesalahan yang dilakukan.



Beliau juga tidak mendedahkan sama ada suspek tersebut merupakan kakitangan kementeriannya.



“Saya tidakboleh cakap apa-apa sehingga siasatan itu lengkap,” kata Idris lagi.



Sementara itu, laporan Utusan Malaysia Online menyebut, polis merakam kenyataan tiga orang penjawat awam berhubung kes tersebut.



Seorang daripadanya saksi berkenaan adalah seorang guru di sebuah sekolah rendah di Johor.



Laporan itu memetik kenyataan ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Gan Kong Meng. Malaysiakini


Suspek kes bocor kertas UPSR dikenalpasti adalah Entri ulangsiar dari sesawang indah. Credit dan Penghargaan kepada Indah iaitu penulis/pemilik asalnya. All due respect dan Trimas kerana menghargai laman Sesawang Belohog.

Share this

0 Comment to "Suspek kes bocor kertas UPSR dikenalpasti"

Post a Comment