Thursday, September 4, 2014

Penulis: PKR, DAP juga rugi tanpa PAS

Penulis: PKR, DAP juga rugi tanpa PAS adalah entri ulangsiar dari sesawang Indah. Belohog Kata Kunci Ayat Sebaris berkongsi informasi terkini, maklumat semasa dan coretan umum untuk blog reader di Malaysia. Semoga Penulis: PKR, DAP juga rugi tanpa PAS sama ada tersurat atau tersirat dapat memberi nilai-nilai yang menjadikan kehidupan lebih baik dari sebelummnya. Sekiranya perlu, boleh kongsikan/sebarkan entri Penulis: PKR, DAP juga rugi tanpa PAS ini di laman sosial. Wallahu'alam bissawab.


Penulis: PKR, DAP juga rugi tanpa PAS



3 Sep 2014



Penulis politik terkenal Subky Latif mengingatkan, bukan PAS sahaja yang akan rugi jika parti Islam itu keluar daripada Pakatan Rakyat.



Sebaliknya, kata kolumnis akhbar web PAS Harakahdaily itu, ia akan turut memberi kesan kepada DAP, PKR serta masa depan karier politik Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.



“DAP boleh masuk kampung sekarang kerana ia dibawa oleh penyokong PAS. Kalau PAS sudah tidak bersamanya, mungkin ia terpaksa mengambil 50 tahun lagi untuk jadi parti 'Malaysian Malaysia'.



“Masa itu bukan saja (ketua anggota parlimen DAP) Lim Kit Siang sudah mendiang, (Setiausaha Agung Lim) Guan Eng juga mendiang.



“Buat Brother (saudara) Anwar, apa pula ruginya? Almarhum tanpa jadi perdana menteri,” katanya.



Dalam kolumnya di Harakahdaily hari ini, Subky (kanan) juga berkata, ketiga-tiga parti dalam Pakatan akan kehilangan banyak kerusi jika Pakatan berpecah dan bertanding sesama sendiri dalam pilihan raya raya, selain berdepan BN.



Katanya, DAP mungkin dapat pertahankan banyak kerusi kerana tidak bergantung kepada undi Melayu, tetapi ia akan hilang penyokong Melayu di seluruh negara.



'Tak keluar kecuali dikeluarkan'



Memetik bekas menteri besar Selangor Tan Sri Muhammad Mohd Taib (bawah) yang kini menganggotai PAS, Subky berkata, PAS akan rugi besar jika keluar daripada Pakatan.



“...dan saya yakin beliau pun tahu PAS tidak akan keluar daripada Pakatan kecuali dikeluarkan, atau DAP dan PKR keluar daripada Pakatan Rakyat,” kata Subky.



Veteran politik itu menegaskan, daripada mula PAS tidak berganjak daripada Pakatan, cuma rakan Pakatan tidak membantu PAS untuk “merungkai perbezaan yang sesungguhnya banyak”.



“PAS tidak dapat beri lebih daripada yang dimampunya,” tambahnya lagi.



Beliau juga menyuarakan kritikan terhadap Langkah Kajang untuk menukar menteri besar yang dilihatnya “seperti hendak meminggirkan PAS daripada Pakatan”.



“Yang ikut merasa sedih dengan gara-gara Langkah Kajang sekarang bukan penyokong Pakatan saja, (bekas timbalan perdana menteri) Tun Musa Hitam yang ingin melihat demokrasi itu subur juga terkilan dengan cara politik Selangor ditangani,” katanya.Malaysiakini


Penulis: PKR, DAP juga rugi tanpa PAS adalah Entri ulangsiar dari sesawang indah. Credit dan Penghargaan kepada Indah iaitu penulis/pemilik asalnya. All due respect dan Trimas kerana menghargai laman Sesawang Belohog.

Share this

Rain Above Love Under Luna. Where there is love there is life and yes im in love with you.

0 Comment to "Penulis: PKR, DAP juga rugi tanpa PAS"

Post a Comment