Tuesday, September 2, 2014

Pemuda Gerakan mahu Zahid didakwa menghasut

Pemuda Gerakan mahu Zahid didakwa menghasut adalah entri ulangsiar dari sesawang Indah. Belohog Kata Kunci Ayat Sebaris berkongsi informasi terkini, maklumat semasa dan coretan umum untuk blog reader di Malaysia. Semoga Pemuda Gerakan mahu Zahid didakwa menghasut sama ada tersurat atau tersirat dapat memberi nilai-nilai yang menjadikan kehidupan lebih baik dari sebelummnya. Sekiranya perlu, boleh kongsikan/sebarkan entri Pemuda Gerakan mahu Zahid didakwa menghasut ini di laman sosial. Wallahu'alam bissawab.


Pemuda Gerakan mahu Zahid didakwa menghasut



2 Sep 2014


Pemuda Gerakan hari ini menggesa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi didakwa menghasut kerana kenyataannya yang mendakwa orang bukan Melayu kini angkuh kerana diberi muka oleh orang Melayu.



Timbalan Ketua Pemuda Gerakan, Andy Yong membuat perbandingan di antara kenyataan Zahid itu dengan tuduhan terhadap pensyarah undang-undang, Dr Azmi Sharom yang didakwa di bawah seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan pagi ini.



Menurut Andy (kanan), kenyataan Zahid itu menepati maksud "kecenderungan menghasut" yang dijelaskan dalam seksyen 3(1)(e) akta yang sama.



Kecenderungan menghasut dalam seksyen itu didefinisikan sebagai "mengembangkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum atau golongan penduduk yang berlainan di Malaysia".



"Walaupun saya tidak menggemari undang-undang itu, saya tak nampak sebarang sebab tindakan yang sama tidak boleh dikenakan terhadap Zahid," katanya dalam kenyataan hari ini.



Portal TheSunDaily semalam melaporkan Zahid berkata orang-orang Melayu kini "membayar harga" akibat terlalu baik kepada orang bukan Melayu.



Naib presiden Umno itu mendakwa orang bukan Melayu kini semakin angkuh dan menghina bumiputera, Raja dan Islam.



Kenyataan dilaporkan dibuat Zahid sewaktu merasmikan mesyuarat Umno bahagian Segambut.



Menurut Andy, Zahid sama sekali tidak perlu mengeluarkan kenyataan demikian sama ada di depan sekumpulan orang Melayu atau pun dengan tujuan menjadikan orang bukan Melayu secara keseluruhannya sebagai sasaran.



"Malah, kenyataan demikian menggalakkan lagi kebencian antara kaum dan mempolitikkan dominasi kaum yang tidak sihat dalam negara ini," katanya.

Malaysiakini


Pemuda Gerakan mahu Zahid didakwa menghasut adalah Entri ulangsiar dari sesawang indah. Credit dan Penghargaan kepada Indah iaitu penulis/pemilik asalnya. All due respect dan Trimas kerana menghargai laman Sesawang Belohog.

Share this

0 Comment to "Pemuda Gerakan mahu Zahid didakwa menghasut"

Post a Comment