Thursday, September 4, 2014

PAS akui turut hantar nama calonnya

PAS akui turut hantar nama calonnya adalah entri ulangsiar dari sesawang Indah. Belohog Kata Kunci Ayat Sebaris berkongsi informasi terkini, maklumat semasa dan coretan umum untuk blog reader di Malaysia. Semoga PAS akui turut hantar nama calonnya sama ada tersurat atau tersirat dapat memberi nilai-nilai yang menjadikan kehidupan lebih baik dari sebelummnya. Sekiranya perlu, boleh kongsikan/sebarkan entri PAS akui turut hantar nama calonnya ini di laman sosial. Wallahu'alam bissawab.


PAS akui turut hantar nama calonnya


4 Sep 2014


PAS mengesahkan menghantar dua nama anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR dan satu daripada parti itu sebagai calon menteri besar Selangor yang baharu.



Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali yang mengesahkan perkara itu bagaimanapun tidak menyebut nama ketiga-tiga ADUN berkenaan, lapor Harakahdaily.



"Buat masa ini nama itu biarlah dulu," katanya ketika dihubungi akhbar PAS itu.



Menurutnya, senarai nama itu dihantar terus oleh Pejabat Presiden PAS kepada istana Selangor.



Mustafa turut dilaporkan menjelaskan, PAS menghantar tiga nama kerana istana menitahkan supaya menghantar lebih daripada dua nama.



Rakannya PAS dan DAP bagaimanapun hanya menghantar satu nama, iaitu Datuk Seri Wan Azizah Ismail, seperti dipersetujui dalam mesyuarat Pakatan Rakyat sebelum ini.



Pada 27 Ogos lalu, istana Selangor menghantar surat rasmi kepada PKR, PAS dan DAP yang menitahkan supaya menghantar lebih daripada dua nama calon menteri besar sebelum 3 September.



Surat itu, menurut Harakahdaily, dialamatkan kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dengan salinan kepada Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.



Ia dilapor menyatakan mahukan calon itu beragama Islam dan berketurunan Melayu menurut Perkara L1 (2), Undang-undang Tubuh Negeri Selangor. Malaysiakini


PAS akui turut hantar nama calonnya adalah Entri ulangsiar dari sesawang indah. Credit dan Penghargaan kepada Indah iaitu penulis/pemilik asalnya. All due respect dan Trimas kerana menghargai laman Sesawang Belohog.

Share this

0 Comment to "PAS akui turut hantar nama calonnya"

Post a Comment