Saturday, September 20, 2014

Jika hanya politik, Pas tak mampu bertahan

Jika hanya politik, Pas tak mampu bertahan adalah entri ulangsiar dari sesawang Indah. Belohog Kata Kunci Ayat Sebaris berkongsi informasi terkini, maklumat semasa dan coretan umum untuk blog reader di Malaysia. Semoga Jika hanya politik, Pas tak mampu bertahan sama ada tersurat atau tersirat dapat memberi nilai-nilai yang menjadikan kehidupan lebih baik dari sebelummnya. Sekiranya perlu, boleh kongsikan/sebarkan entri Jika hanya politik, Pas tak mampu bertahan ini di laman sosial. Wallahu'alam bissawab.


Jika hanya politik, Pas tak mampu bertahan










  • Muktamar




BATU PAHAT - Ahli-ahli Pas perlu memahami parti itu bukan sekadar sebuah parti politik sebaliknya satu pergerakan politik dan Islam.

Pengarah Jabatan Tarbiyah dan Perkaderan Pas, Idris Ahmad berkata, perkara itu perlu difahami ekoran dua gerakan itu yang membezakan parti tersebut dengan parti-parti yang lain.


"Menjawab soalan dari perwakilan Negeri Sembilan, Khairul Anwar Wafa. Ada dalam kalangan ahli Pas yang keliru. Ini perlu diberi penegasan.


"Pas ini ialah harakatul dakwah dan harakatul siasah sebagai gerakan politik dan juga gerakan Islam. Ini perlu difahami oleh semua ahli kita. Ini yang membezakan kita dengan jemaah lain dan parti politik lain," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan ucapan dasar Presiden Pas di Muktamar Pas ke-60, di sini, hari ini.


Menurutnya, Pas tidak mampu bertahan sekiranya sekadar bersandar pada asas politik sahaja.


"Kalau kita hanya kekalkan gerakan politik sahaja, kita tak mampu untuk bertahan lama. Kerana melalui indoktrin yang kita beri melalui program tarbiyah, pemahaman Islam dan pemahaman jihad kita, maka kita mampu berada di persada politik sampai 63 tahun pada hari ini.


"Ini kelebihan yang ada pada kita. Kita lihat parti politik yang lain, yang menjadi parti pembangkang, tak mampu duduk di persada politik sebagai parti pembangkang," katanya.


Beliau menyifatkan perkara yang menjadi permasalahan pada hari ini ialah ada ahli Pas yang tidak faham mengenai parti itu.


"Yang penting, kita kena ikut mandat yang telah ada dalam Pas.

Yang jadi masalah hari ini kadang-kadang, dia ini bab asas tak faham, orang masuk Pas dulu, dia perkenal tahaluf siyasi dulu. Itu yang pening kepala.


"Dia kena faham....Islam dulu, akidah,(dan) iman. Marhalah berkenaan tahaluf siyasi ini di kedudukan tinggi sebenarnya bukan rendah. Itu kita kena faham," katanya.


Semalam, Khairul menyentuh soal kekeliruan ahli-ahli Pas yang memasuki parti itu yang membawa semangat reformasi.




Jika hanya politik, Pas tak mampu bertahan adalah Entri ulangsiar dari sesawang indah. Credit dan Penghargaan kepada Indah iaitu penulis/pemilik asalnya. All due respect dan Trimas kerana menghargai laman Sesawang Belohog.

Share this

0 Comment to "Jika hanya politik, Pas tak mampu bertahan"

Post a Comment