Friday, August 29, 2014

'Mahathir mahu PM bekerja, bukan melancong'

'Mahathir mahu PM bekerja, bukan melancong' adalah entri ulangsiar dari sesawang Indah. Belohog Kata Kunci Ayat Sebaris berkongsi informasi terkini, maklumat semasa dan coretan umum untuk blog reader di Malaysia. Semoga 'Mahathir mahu PM bekerja, bukan melancong' sama ada tersurat atau tersirat dapat memberi nilai-nilai yang menjadikan kehidupan lebih baik dari sebelummnya. Sekiranya perlu, boleh kongsikan/sebarkan entri 'Mahathir mahu PM bekerja, bukan melancong' ini di laman sosial. Wallahu'alam bissawab.


'Mahathir mahu PM bekerja, bukan melancong'


29 Aug 2014


Bekas menteri besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib melihat bahawa kritikan Tun Dr Mahathir Mohamad menunjukkan berlaku kelemahan dalam pentadbiran perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.



Antara petanda kelemahan itu termasuk termasuk kemunculan banyak gerakan pendesak berhaluan kanan, kata Muhammad, yang kini menyertai PAS.



Dalam kenyataannya yang dilaporkan lidah parti PAS, Harakahdaily itu, beliau turut membangkitkan mengenai percutian Najib baru-baru ini.



"Mahathir tegas dalam segala hal membabitkan negara ini, beliau mahukan yang terbaik untuk rakyat.



"Apabila beliau kritik Najib itu menunjukkan ada yang pincang dalam pentadbiran sekarang, mungkin beliau mahukan perdana menteri yang bekerja dan bukannya melancong,” katanya.



Menurut Muhammad, Mahathir bimbang dengan kelemahan Najib dalam menangani isu kaum dan tidak akan berdiam diri sekiranya Najib tidak mengikut tuntutannya.



"Ada kita lihat waktu Mahathir mana ada wujud Perkasa, Isma atau apa-apa kumpulan yang menunjukkan mereka terlalu Melayu.



"Beliau adil untuk semua kaum tapi bila Najb mengambil Putrajaya pelbagai konflik timbul ada banyak NGO pendesak dan cuba menimbulkan pelbagai pendapat negatif," katanya. Malaysiakini


'Mahathir mahu PM bekerja, bukan melancong' adalah Entri ulangsiar dari sesawang indah. Credit dan Penghargaan kepada Indah iaitu penulis/pemilik asalnya. All due respect dan Trimas kerana menghargai laman Sesawang Belohog.

Share this

0 Comment to "'Mahathir mahu PM bekerja, bukan melancong'"

Post a Comment