Tuesday, August 5, 2014

Anwar: Kami sedia, walaupun p'raya baru S'gor

Anwar: Kami sedia, walaupun p'raya baru S'gor adalah entri ulangsiar dari sesawang Indah. Belohog Kata Kunci Ayat Sebaris berkongsi informasi terkini, maklumat semasa dan coretan umum untuk blog reader di Malaysia. Semoga Anwar: Kami sedia, walaupun p'raya baru S'gor sama ada tersurat atau tersirat dapat memberi nilai-nilai yang menjadikan kehidupan lebih baik dari sebelummnya. Sekiranya perlu, boleh kongsikan/sebarkan entri Anwar: Kami sedia, walaupun p'raya baru S'gor ini di laman sosial. Wallahu'alam bissawab.


Anwar: Kami sedia, walaupun p'raya baru S'gor



5 Aug 2014





Isu sekitar penggantian menteri besar Selangor akan diselesaikan dengan cara baik berdasarkan semangat Pakatan Rakyat melalui peralihan lancar tidak kira sama ada melalui undi tidak percaya atau pilihan raya raya baru, kata ketua pembangkang.



Bagaimanapun, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim, tiada alasan untuk mengadakan pilihan raya semula di Selangor memandangkan BN cuma mempunyai 12 daripada 56 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).



Lagi pun, tambah ketua Umum PKR itu, pilihan raya umum baru sahaja berlalu 15 bulan lalu.



"Bagaimanapun, sekiranya pilihanraya terpaksa dilakukan, Pakatan telah bersedia untuk menghadapi para pengundi dan berkeyakinan penuh bahawa rakyat Selangor akan sekali lagi menyokong kita," katanya.



Sementara itu, Anwar juga berkata, beliau bimbang terhadap nada perkauman dan perpecahan yang disuarakan oleh segelintir pimpinan kecil Pakatan yang didakwa mencabuli nilai-nilai asas Pakatan.



“Kami berpendapat bahawa tindakan disiplin yang sewajarnya perlu diambil ke atas golongan ini,” katanya tanpa menyebutkan nama secara khusus.



Beliau juga menegaskan sekiranya beberapa keputusan sukar perlu dibuat dalam isu itu, ia hanya akan dilakukan setelah mengambil kira kepentingan rakyat.



“Sama ada kita hilang sokongan akibat pendirian yang kita ambil, kita akan terus beristiqamah dan komited dengan matlamat untuk membentuk Malaysia yang lebih adil, bebas korupsi dan benar-benar demokratik,” katanya.



Dalam kenyataannya hari ini, Anwar juga berkata, Pakatan tidak akan berpecah semata-mata kerana isu sekitar calon menteri besar Selangor.

Malaysiakini


Anwar: Kami sedia, walaupun p'raya baru S'gor adalah Entri ulangsiar dari sesawang indah. Credit dan Penghargaan kepada Indah iaitu penulis/pemilik asalnya. All due respect dan Trimas kerana menghargai laman Sesawang Belohog.

Share this

0 Comment to "Anwar: Kami sedia, walaupun p'raya baru S'gor"

Post a Comment