Sunday, July 6, 2014

Masalah turbin empangan cetus kebimbangan

Masalah turbin empangan cetus kebimbangan adalah entri ulangsiar dari sesawang Indah. Belohog Kata Kunci Ayat Sebaris berkongsi informasi terkini, maklumat semasa dan coretan umum untuk blog reader di Malaysia. Semoga Masalah turbin empangan cetus kebimbangan sama ada tersurat atau tersirat dapat memberi nilai-nilai yang menjadikan kehidupan lebih baik dari sebelummnya. Sekiranya perlu, boleh kongsikan/sebarkan entri Masalah turbin empangan cetus kebimbangan ini di laman sosial. Wallahu'alam bissawab.


Masalah turbin empangan cetus kebimbangan



5 Jul 2014


NGO Save Rivers Network Sarawak (Save Rivers) bimbang masalah yang dikesan pada turbin janakuasa Empangan Murum akan menjejaskan ratusan ribu nyawa dan harta benda, malah Empangan Bakun di hilir sungai.



“Save Rivers bimbang dan menuntut tindakan segera dan sewajarnya untuk menghentikan empangan air di Empangan Murum,: kata pengerusi NGO tersebut, Peter Kallang ketika dihubungi Malaysiakini.



“Jika tidak, ia akan menjadi masalah keselamatan yang akan menyebabkan bencana yang membunuh nyawa, membinasa bangunan di laluannyna dan juga Empangan Bakun di hilir sungai juga akan terjejas.



“Ratusan ribu orang yang tinggal di segenap tebing Sungai Rajang, dari Belaga ke Sibu dan Sarikei akan bimbang dengan keselamatan mereka,” kata Peter.



Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai laporan terbaru Sarawak Report yang mendedahkan bahawa Empangan Murum bernilai RM4.28 bilion mengalami kecacatan serius di bahagian turbin, yang boleh menyebabkan kerosakan besar.



Menurut portal tersebut, pemilik projek berkenaan Sarawak Energy Bhd (SEB) dimaklumkan mengenai masalah tersebut sejak Mac tahun ini, namun ia tidak didedahkan kepada umum.



Ia bagaimanapun muncul ke pengetahuan umum melalui laporan firma Norway, Norconsult, yang ditugaskan untuk menjalankan penilaian bebas ke atas turbin tersebut, yang didedahkan kepada Sarawak Report.



Syarikat yang membina Empangan Murum, Three Gorges Development (Malaysia) Sdn Bhd, ditugaskan untuk membaiki turbin yang mengalami kerosakan.

Malaysiakini


Masalah turbin empangan cetus kebimbangan adalah Entri ulangsiar dari sesawang indah. Credit dan Penghargaan kepada Indah iaitu penulis/pemilik asalnya. All due respect dan Trimas kerana menghargai laman Sesawang Belohog.

Share this

0 Comment to "Masalah turbin empangan cetus kebimbangan"

Post a Comment