Sunday, July 20, 2014

MAKI DULU SEBELUM SIASAT

MAKI DULU SEBELUM SIASAT adalah entri ulangsiar dari sesawang Lekat Lekit. Belohog Kata Kunci Ayat Sebaris berkongsi informasi terkini, maklumat semasa dan coretan umum untuk blog reader di Malaysia. Semoga MAKI DULU SEBELUM SIASAT sama ada tersurat atau tersirat dapat memberi nilai-nilai yang menjadikan kehidupan lebih baik dari sebelummnya. Sekiranya perlu, boleh kongsikan/sebarkan entri MAKI DULU SEBELUM SIASAT ini di laman sosial. Wallahu'alam bissawab.


MAKI DULU SEBELUM SIASAT


Bila berlaku apa2 isu kat laman sosial nak2 lagi perkara tu jadi Viral maka berpusu pusu lah manusia yang konon sensitif akan mula menunjukkan kesensitifan mereka melalui maki hamun & keji mengeji. Mungkin terlampau tersentuh sangat kot sampai ke lubuk hati yang paling dalam sampai tak menyempat dah nak tunggu siasat dulu apa yang berlaku.



Bila ada orang cuba tenangkan.. minta tunggu dulu benda tu di siasat mula la cakap, terlampau bagi muka, dengan sesama melayu tak boleh positif tapi dengan bangsa lain positif pulak. Sebagai contoh semalam kecoh pasal seorang wanita katanya warga korea yang pakai baju tertulis surah Al Fatihah. Bila gambar tu tersebar, bermula cerpen maki hamun tanpa usul periksa. Ada pulak pertikaikan kenapa video kiki the stereng lock tu orang kecam sampai ke rumah orang stalk dia.






Beza kes kiki the stereng lock dengan wanita korea tu.. satu adalah kiki video. Yang wanita korea tu gambar je bercerita. Video kiki ramai orang tengok & dengar dia maki hamun uncle sim.. yang gambar wanita korea tu kita hanya boleh nampak dia pakai baju tertulis surah Al Fatihah tapi kita pun tak tau cerita sebenar. Orang dari negara luar ni.. nak2 lagi bukan dari negara Islam boleh jadi dia tak tahu apa yang tertulis pada baju dia pakai tu. Dia fikir mungkin cuma art. Bukanlah aku nak backing nyonya korea tu.. Tapi tak mustahil ceritanya macam tu. Kat korea berapa kerat orang Islam.. dia lahir membesar & tua bukan dalam ajaran Islam atau di kalangan orang2 Islam kau bajet dia macam dia tahu tulisan tu surah Al Fatihah nak maki dia tanpa usul periksa, nampaknya kau lebih bermasalah dari wanita korea tu kot. Nak2 lagi polis tengah siasat, katanya baju tu di beli kat India.





Aku suka pandangan Sozcyili dalam isu ni kalau korang nak baca komen dia boleh baca kat SOZCYILI



Kalau betul niat dia nak menghina Islam.. Berani jugak la nyonya tu. Pakai baju keluar sorang diri kat Malaysia ni yang majoriti rakyat dia orang Islam. Tapi yang tegur dalam gambar tu lelaki arab.. mana hero heroin melayu takkan sorang pun tak perasan nyonya tu pakai baju tertulis Kalam Allah. Bila tersebar kat laman sosial baru muncul perwira & serikandi Melayu Islam dengan senjata maki hamun...




Dia non muslim sepatutnya kita explain dia kena dia tak boleh pakai baju tu sebab mungkin dia sendiri pun tak tahu. Kalau dia tahu aku tak rasa dia pakai baju tu jenjalan kat Malaysia. Dia datang melancong kot bukan datang nak cari pasal



Dalam Islam pun sebelum menuduh kena siasat dulu. Apa yang kita nampak tak semestinya seperti apa yang kita fikir berlaku. So renung renungkan selamat berfikir. Moral Of the story.. Sabar itu separuh dari Iman.



P/S : Korang yang terlibat maki hakum kiki tu pun ada yang pertikai kenapa kiki jadi kena kecam teruk tidak wanita ni?? Yang kecam & maki hamun kiki tu cuba tanya siapa?? adakah korang yang mempertikaikan atau... ???



MAKI DULU SEBELUM SIASAT adalah Entri ulangsiar dari sesawang Lekat Lekit. Credit dan Penghargaan kepada Melekit iaitu penulis/pemilik asalnya. All due respect dan Trimas kerana menghargai laman Sesawang Belohog.

Share this

0 Comment to "MAKI DULU SEBELUM SIASAT"

Post a Comment